Alisa Naik Ruam Pada Pipi, Hanis Zalikha Kongsi 5 Tip Yang Boleh Dimanfaatkan Ibu Bapa Kalau Serasi

Share

Pelakon dan hos, Hanis Zaikha ada berkongsi tips dan kaedah yang dirasakan paling ampuh bagi mengatasi masalah ruam di kalangan bayi baru lahir.

Terdahulu, permata hati kedua kesayangan Hanis dan suaminya, pelakon Hairul Azreen dilahirkan pada 24 Mei lalu.

Bayi perempuan comel yang diberi nama Alisa Aisyah ini pada awalnya ada mengalami ruam pada pipinya, tumbuh biji-biji halus kecil, kemerahan dan melecet pada pipi.

“Bila Alisa naik ruam pipi. Berbekalkan pengalaman Mommynis dengan Yusuf juga sebelum ni, Mommynis compile tips untuk anak seterusnya. Boleh manfaatkan kalau serasi ya,” tulis Hanis lalu menyenaraikan lima langkah mengekangnya.

Lima langkah tersebut ialah;

1. Setiap kali penyusuan, bersihkan muka dia dengan kapas muka dan air. Tapi jangan lap, cuma ‘dab dab’ sahaja. Jangan guna wet wipes yang ada bau wangi / napkin muslin / sapu tangan jenis towel kasar. Mommynis guna breastfeeding wipe, ia memang sekadar kapas dengan air je.

2. Kalau jenis mandi basuh muka baby dengan sabun, hentikan. Tak kisah sabun organik ke gentle to the skin ke. Naik ruam dekat mana-mana je berhenti guna sabun kejap. Sebab sabun boleh keringkan kulit dan merahkan lagi ruam tu. Memadai bilas dengan air je.

3. Kalau boleh, kurangkan direct feeding kejap sampai reda merah. Sebab geseran dengan kulit ibu tu pun buat dia tak sempat sembuh.

4. Jumpa doktor. Doktor bagi Alisa krim Ceradan. Sapu pagi dan petang lepas mandi.

5. Perhatikan diet ibu. Ada tak makan makanan yang trigger allergy. Stop kejap makan makanan tu okay ya faham sedap ayam masak merah. I’ve tried letak susu ibu dekat ruam/bancuhan tepung ubi / krim bepanthen. Krim Bepanthen okay turun merah, tapi biji-biji masih ada.

Semoga apa yang disampaikan dari ibu kepada dua cahaya mata ini boleh membantu pasangan suami isteri yang baru melahirkan, insyaAllah.

Foto: Instagram Alisa Aisyah

Published by
MH