Pelakon Datin Almy Nadia berkongsi wajah anak perempuan kelimanya pada Isnin, selepas lebih dua bulan kelahiran.
Menurut Almy, atau nama penuhnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah, 38, dia bersyukur kerana bayinya sihat dan menunjukkan pertambahan berat badan yang memuaskan.
“Assalamualaikum semua, Alhamdulillah ini anak kelima mama dan papa. Hari ini dia sudah dua bulan lebih.
“Saja mama tunjuk gambar Alisya atas penimbang, sebab Alisya sihat dengan jayanya Alhamdulillah.
“Nama dia Nur Afrina Alisya, panggil dia Alisya tau,” jelas isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz ini.
Almy berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram yang dikemas kini.
Walaupun baharu dua bulan usianya, Alisya kini sudah hampir mencecah berat 6 Kilogram.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut ‘geram’ dengan kecomelan Alisya.
“Eiii bambamnyaa dia so cute,” komen pelakon Emelda Rosemila.
“Comelnya, Congratulations,” komen pelakon Fasha Sandha.
“Masha Allah Tabarakallah,” komen pelakon Ziela Jalil.
“Masya Allah, she so gebu,” komen peminat di Instagram.
“Allahukbar Alisya, semoga membesar dengan sihat ya princess, geram la kita. Tahniah Datin Almy dan Dato Fizz Fairuz,” komen peminat di Instagram.
Imbas kembali, Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima cahaya mata perempuan, iaitu Nur Afra Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6, Nur Afrina Aisyah, 3, dan Alisya, yang dilahirkan pada 18 September lalu.