Penyanyi, Ning Baizura dikritik netizen susulan tular sepotong video yang memaparkan dirinya memberikan respon terhadap komen daripada seorang individu ketika satu sesi siaran langsung.
Dalam video berdurasi 22 saat yang dikongsikan semula di aplikasi X, Ning dilihat seakan tidak tahu mengenai slogan ‘All Eyes On Rafah’ yang juga merupakan tanda solidariti terhadap mangsa perang di negara bergolak Palestin.
“All Eyes On Rafah? Apa tu?,” katanya.
Pemilik akaun X tersebut turut menyelar tindakan penyanyi lagu Awan Yang Terpilu itu kerana tidak cakna dengan apa yang berlaku di Palestin.
“Ada eh manusia yang macam ni sekali? Kalau cakap artis Malaysia memang ramai out of touch or just plain bangang nanti, mulalah seekor-seekor sentap.
“Terpaling artis pun struggle juga blablabla. Sudah tiba masanya tidak lagi jadikan mereka sebagai pempengaruh,” tulis individu tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa berang selain turut tidak menyangka perkara tersebut keluar daripada mulut seorang selebriti terkenal.
“Jadi, memang tak pernah ambil tahu la? Sebab memang jelas sangat dah ni.
“Fasal Rafah lagi-lagi #AllEyesOnRafah memang lalu kat semua social media platform kot. Tak sangka dia tak tahu langsung.
“Tak tahu nak cakap apa. Dia boleh gelak dan buat lawak bila ramai manusia dibunuh.
“Takkan tak ambik tahu langsung kejadian di Rafah? Sedihnya. Saya pernah sukakan Ning. Bye,” antara komen-komen netizen.
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih hampir 200 ribu tontonan di X.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: X Arxxxxmnd & Instagram Ning Baizura