“Allah Akan Hadiahkan Pelangi, Sabar Sis,” – Ralat Terpaksa Buang 32 Biji Kek, Peminat Tumpang Simpati

Share

Pelakon dan usahawan, Zara Zya berkongsi pengalaman kurang enak apabila terpaksa membuang 32 biji kek yang sudah disiapkan ke dalam tong sampah, beberapa hari lalu.

Ini kerana, Zara menerusi Instagram menjelaskan kek tersebut termasin kerana menyangka garam yang dimasukkan adalah bahan serbuk penaik.

Ralat atas apa yang berlaku, pelakon Monalisa menyifatkan ia suatu pengalaman yang mengajar.

“Menangis saya malam ni… bila garam saya ingatkan bicarbonate soda. Masin semasin masinnya kek saya malam ni terpaksa saya buang 32 biji.

“Tergeliat saya mulakan balik. Ini pengalaman yang paling manis buat saya dalam projek @zarazyacooks walaupun ketawa dalam airmata,” tulisnya.

Sementara itu, perkongsian daripadanya turut mendapat perhatian peminat yang turut tumpang simpati seterusnya berharap agar dia bersabar.

Terdahulu, Zara menerusi MH, dia mengambil menggunakan kepakaran di dalam mengambil tempahan kek sebagai inesiatifnya dalam membantu golongan terjejas akibat Covid-19.

Malah, hasil jualan turut disalukan ke dana khas dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan secara tersasar.

Foto: Instagram Zara Zya

Published by
MH