Penyanyi Bienda ada melayangkan satu dedikasi di Instagram bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya yang ke-10 bersama suami, Kamarul Zariman Abd Rahman.
Bersyukur kerana dikurniakan Allah SWT seorang suami yang baik, Kamarul yang disapa sebagai ‘Aboya’ juga menjadi tempat mengadu kisah suka dan dukanya sejak zaman bujang sehinggalah sekarang.
“Honestly Jadi Celebrity Nie Bukan Mudah Mcm Yg Kita Nampak. Tak Semua Benda Kita Boleh Share… But Syukur Alhamdulillah 🤲🏻 Allah AWT Pertemukn Bienda Dgn Jodoh Yg Baik, Menjadi Imam & Walid Pd 2 Cahaya Mata Bienda.
“Aboya…Tempat Mengadu, Curahan Kasih Sayang,Suka & Duka Bienda Dari Zaman Bujang Sampailah Sekarang. Terima Kasih Aboya Sayang For The Last 10 Amazing Years. Semoga ALLAH SWT Memakbulkan DOA2 Kita,” kongsi Bienda.
Pada masa sama, pemilik nama lengkap Nor Razlinda binti Razli ini juga turut merakamkan rasa terima kasih buat insan istimewa yang berada di sekelilingnya.
“Tak Lupa Juga Terima Kasih Pada Semua Sahabat2,Keluarga & Rakan2 Followers Bienda Yg Sentiasa Mendoakan Kami Dari. Dulu Sampai Skrg. Semoga Kita Semua Di Kurniakan JODOH,Suami/ Isteri Yg Soleh & Solehah, Yg Akn Memimpin Kita Ke Jalan ALLAH SWT.
“Suami/Isteri Adalah CERMINAN Diri Kita… Jadilah Suami/Isteri Yg Baik,Cintailah Pasangan Kita Kerana ALLAH ❤️Insya Allah Bahagia Hingga Ke Syurga,” tulis anak kepada penyanyi Sheeda ini panjang lebar.
Hasil perkongsian hidup, mereka setakat ini telah dikurniakan dia orang cahaya mata Lavienda Namiraz, 7, dan Namiraz, 5 tahun.
Foto: Instagram Bienda