Pelakon versatil, Datin Seri Umie Aida akhirnya mendedahkan foto bayi perempuan yang juga merupakan anak angkat terbaru yang kini berada di bawah jagaannya.
Bintang Embun ini turut berkongsi rasa serta memuat naik foto bayi comel itu menerusi Instagram, khas buat para pengikutnya di media sosial.
“Penawar hati ku.. anugerah dan amanah yang dipertanggungjawapkan. Alhamdulilah.
“Ku terima amanah ini dan akan menjaganya sebaik mungkin. Insha’allah,” tulisnya.
Sementara itu menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat termasuk rakn artis ada merakamkan ucapan tahniah dan gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga aktres itu.
Malah, mereka pada masa sama turut mendoakan agar permata hatinya itu membesar seorang anak solehah.
Pada masa sama, pelakon utama filem sensasi, Dukun itu juga turut berkongsi sekeping foto yang merakamkan tangan bayi perempuan menerusi Insta Stories.
“Allah beri rezeki dengan pelbagai cara. Jangan pertikaikan. Bersyukur dengan nikmatNya alhamdulillah,” maklum Umie.
Difahamkan sebelum ini, Umie turut membesarkan dua anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26 dan Mohd Dzulhilmi, 25.
Umie dan suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pula mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2010.
Foto: Instagram Datin Seri Umie Aida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI