Penyanyi, Baby Shima bersyukur kerana terselamat daripada bencana tsunami yang melanda Selat Sunda, Indonesia Disember tahun lalu.

Shima ketika ditemui di ibu kota bersempena Majlis Iftar MVM Production dan Rusa Music Bersama Anak-Anak Yatim Rumah Al-Barakh menjelaskan, Allah masih menyanyanginya kerana diberi kesempatan untuk masih bernafas.

Malah apa yang berlaku membuatkannya lebih menghargai kehidupan.

“Sebenarnya bersyukur sangat-sangat sebab terselamat dari bencana tsunami tahun lepas. 

“Ceritanya macam ni, Abang Pasha (vokalis kumpulan Ungu) ada beritahu, dia nak undang saya untuk sertai suatu majlis sebab kami berdua rapat.

“Tiba-tiba dia mesej saya, beritahu nak tukar tarikh dan tarikh penukaran itu adalah hari sebelum tragedi tersebut berlaku,” kata Shima kepada MH. 

IKLAN

Tambah Shima atau nama penuhnya Nor Ashima Ramli bersyukur kerana Allah telah  memberi petunjuk kepadanya.

“Saya rasa Allah dah bagi petunjuk awal-awal untuk saya dan Pasha supaya tak pergi join event tu.

“Masa itu, Abang Pasha ada whatsapp saya, dia kata “syukur ya.. kita enggak sampai ke sana”,”  kongsi Shima yang popular dengan lagu duet bersama Floor 88 berjudul Roadblock Hatiku itu.

IKLAN

“Allah Dah Bagi Petunjuk Awal,”- Gerun! Baby Shima Throwback Kisah Terselamat Tragedi Tsunami Indonesia

Pada masa sama, Shina turut menjelaskan dia berniatahu bertemu dengan seorang pakcik di kawasan bencana.

Bagaimanapun, ia tinggal harapan memandangkan pakcik yang dimaksudkan turut terlibat dalam tragedi berkenaan hingga meragut nyawanya.

IKLAN

“Niat saya nak jumpa dengan seorang pakcik ni, sebab kami pun saling mengenali dan rapat juga.

“Tapi tak kesampaian sebab pakcik tu terlibat dengan bencana tsunami,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Shima dan Floor 88 akan berkolaborasi buat kali kedua menerusi lagu Tak Dapat Raya selepas popular dengan lagu Roadblock Hatiku.

Sehingga kini muzik video raya itu telah mendapat 2.6 juta tontonan selepas dimuat naik di Youtube minggu lalu.

Foto/Video : Instagram Baby Shima/ Youtube

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI