Sejak beberapa hari lalu, nama pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha menjadi perhatian warganet setelah pasangan tersebut difahamkan mendapat jemputan khas daripada usahawan tersohor, Tan Sri Vincent Tan untuk pergi bercuti dengan menaiki pesawat peribadi miliknya.
Perjalanan percutian tersebut dikongsikan oleh Hairul dan Hanis menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram mereka.
Terbaru, Hanis berkongsi perasaan dan pandangannya mengenai hikmah berkongsi rezeki buat tatapan para pengikutnya.
Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata itu, perasaan berbelanja dengan wang sendiri amat berbeza jika ingin dibandingkan apabila kita dibelanja oleh orang lain.
Hal ini kerana, Allah telah menggerakkan hati seseorang itu untuk menggembirakan orang lain.
“Sebab ramai tanya perasaan. Kita pula dah jarang gambarkan perasaan. Saya berasa gembira dan sangat teruja. Berbeza perasaan dengan kita berbelanja sendiri. Sebab bayangkan, Allah gerakkan hati orang lain, untuk gembirakan kita. Selalu tak terdetik?
“Bila orang belanja kita, secawan kopi. Dia tak perlu pun belanja, tapi dia NAK. Hati dia NAK. Rezeki kita tu Allah salurkan melalui orang lain. Orang tu dapat kebaikan buat kita gembira. Kita pun dapat bahagia yang Allah bagi. It’s beautiful,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem, Romeo Kota ini juga berpandangan, kita akan turut sama merasai ‘kemanisannya’ jika berkongsi rezeki bersama orang lain.
“Suami isteri pun macam tu. Walau isteri boleh beli apa yang diidamkan, tapi bila suami yang ‘takpe saya bayarkan’ ‘sayang nak yang mana’, seronoknya hati isteri tu kan.
“Staff pagi-pagi belanja bos roti canai. Orang beratur depan tiba-tiba bayarkan gula-gula anak kita kat kaunter. Berbunga hati!
“You can belanja just ANYONE. And the reward is actually for YOU too. (Tapi yang dalam gambar ni kita takleh lah nak belanja diri sendiri. Tak terjangkau),” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut menitipkan ucapan terima kasih diatas perkongsian tersebut.
“Your writing put a smile on my face. Betul tu bila orang belanja hati kite berbunga-bunga, bile kita sedekah pada orang hati kita pulak rasa bahagia takde kata-kata boleh gambarkan.
“Betul tu, Allah datangkan rezeki dalam pelbagai cara. Bergantung kepada penerimaan kita sama ada bersyukur atau tidak. Btw, happy sangat tengok your family.
“Sangat setuju. Rezeki hadir dalam berbagai bentuk, waktu dan keadaan. Orang yang sentiasa bersyukur Allah akan tambahkan nikmat BAHAGIA, TENANG Dan KAYA kepadanya. Itu janji Allah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Setakat ini, video percutian yang dikongsikan oleh Hanis kini telah pun meaih lebih 200,000 jumlah tontonan.
Untuk rekod, Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya maya iaitu Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 3.
Sumber: Instagram Hanis Zalikha