Pelakon, Diana Rafar akui teruja apabila diberikan peluang untuk membantu seorang wanita yang juga merupakan saudara baru untuk memeluk agama Islam.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, proses tersebut difahamkan telah diadakan di kediamannya.

Video berdurasi hampir seminit itu turut memaparkan Diana sedang membimbing wanita tersebut untuk melafazkan kalimah syahadah.

“Allah Hadirkan Seorang Bidadari Ke Rumah,” – Bimbing Lafaz Syahadah, Diana Rafar Bantu Saudara Baru Peluk Islam

“Mashaallah Jumaat yang berkat Allah hadirkan seorang bidadari ke rumah yang ingin memeluk Islam.

“Subhanallah Allahhuakbar doakan sahabat Islam baru kita istiqomah terus ke syurga Allah. Amin ya Allah Amin,” tulisnya.

Ads

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon, Zamarul Hisyam ini turut memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan agar wanita tersebut dapat terus istiqomah dan beriman kepada Allah SWT.

“Allah Hadirkan Seorang Bidadari Ke Rumah,” – Bimbing Lafaz Syahadah, Diana Rafar Bantu Saudara Baru Peluk Islam “Allah Hadirkan Seorang Bidadari Ke Rumah,” – Bimbing Lafaz Syahadah, Diana Rafar Bantu Saudara Baru Peluk Islam

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar urusan saudara baharu itu akan sentiasa dipermudahkan.

Ads

“Alhamdulillah untuk hidayah ini. Semoga Allah terus membimbing kamu. Allah memang Maha Penyayang. Tahniah Kak Linda Rafar.

“MashaAllah Tabarakallah Alhamdulillah Yaa Rabb.

“Allahuakbar. MasyaAllah @dianarafar . Bangga dengan kamu sayang.

Ads

“Allah Maha Besar. Alhamdulillah syukur.

“Allahuakbar Tahniah sis berjaya tarik satu sahabat memeluk islam. Masyallah Islam itu mudah, Islam itu Indah, Islam itu mulia… Allahuakbar,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Setakat ini, video tersebut telah pun meraih lebih 40,000 jumlah tontonan di Instagram.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Linda Rafar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI