Uncategorized

“Allah Itu Adil, Bekas Kekasih Mengaku Curang…,” – Pendedahan Berani Sarah Hildebrand, Biar Betul?

Share

Pelakon Sarah Hilderbrand ada memuat naik sekeping gambar di laman media sosial Instagram awal malam tadi.

Menerusi posting tersebut, Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand telah berkongsi kisah percintaan dirinya yang sudah berlalu.

Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Pujaan Hati Kanda itu meluahkan pengakuan, menceritakan hal yang didakwa berlaku terhadap hubungan percintaan mereka setelah hampir 5 tahun menjalinkan hubungan cinta.

“Pengakuan: Punca sebenar saya berpisah dengan bekas kekasih.

“Saya banyak bersabar dengan perkara remeh temeh, apabila rakan saya meminta saya untuk tinggalkan, saya terus membuat alasan untuk bekas kekasih saya kerana saya optimis dan memberi harapan dalam perhubungan saya.

“Sepanjang hubungan itu, saya telah dihina, didesak dan dibuli denganya.

“Tiada komunikasi dan sebagainya dan bila bicara soal masa depan perhubungan, tapi dia sering menukar topik itu.

“Sangat penat. Saya dituduh sebagai curang tapi satu hari, Allah itu adil, bekas kekasih mengaku curang dengan perempuan lain.

“Tapi, saya masih berusaha untuk hubungan tersebut.

“Saya sangat bodoh sebab saya ingat saya boleh lupakan perkara itu dan semuanya akan kembali okey, tapi ternyata tidak. Saya tak boleh lupakan perkara tersebut.

“Ia menghantui pemikiran saya. Cuba bayangkan perasan disakiti hampir 5 tahun bersama, dan saya letih dengan hubungan macam ni, dan itu yang terjadi.

“Secara perlahan-lahan saya menghindarkan perkara tersebut. Berhenti untuk hubungan yang tiada hala tuju dan saya mula untuk fokuskan diri dan kerjaya saya.

“Alhamdulillah atas dengan usaha, saya berjaya membina kerjaya saya sebagai seorang pelakon dengan watak Nadine yang saya lakonkan di TV. Selepas itu, saya dituduh mencari populariti dengan cara kotor.

“Maaf, saya tidaklah sekotor itu. Saya akan pastikan duit yang saya dapat adalah rezeki yang halal. Tambahan, saya juga bertanggungjawab untuk menjaga ibu saya yang seorang ibu tunggal. Saya tak akan cari duit dari rezeki yang kotor.

“Saya bagi tahu ini dengan berniat baik berharap mungkin awak boleh belajar daripada kesilapan atau mungkin bila awak dikecewakan, awak akan merasai apa yang yang saya lalui.

“Saya nak awak tahu awak tak sendirian. Jika ada seseorang yang buat awak tak bahagia, tinggalkan.

“Awak perlu sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain. Semoga Allah mengampunkan dan melindungi kita,” tulisnya.

Lalu, perkongsian pelakon berusia 28 tahun ini mendapat perhatian netizen sekaligus tular di laman media sosial.

Rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka terhadap entri berkenaan. 

Setiap apa yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya dan diharapkan Sarah sentiasa tabah dalam mengharungi dugaan kehidupan.

Foto : Instagram Sarah Hildbrand, Twitter

Published by
Nazar Rafiqhi