Pelakon, Uqasha Senrose ada menitipkan ucapan istimewa bersempena dengan hari lahir sepupunya, yang juga pelakon, Aprena Manrose.
Jelas Uqasha, dia amat menyayangi Aprena bukan sahaja kerana baik budinya tetapi juga buat segala kekurangan yang dimilikinya.
“Happy birthday @mrsaprenamanrose . Youre such a wonderful person and very kind hearted.
“I love you for your flaws and for your goodness and awesomeness.
“Allhamdulilah Allah jadi kan awak darah daging sy dunia akhirat. I love you so much,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon drama, Rindu Awak Separuh Nyawa itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Uqasha turut menambah, dia berasa amat bersyukur kerana dirinya telah ditakdirkan untuk memiliki pertalian darah bersama Aprena.
Sebaik sahaja melihat perkongsian tersebut, ini reaksi balas yang diberikan oleh Aprena;
“MasyaAllah, caption Sha. So sweet. Thank you Sha. Saya lagi bangga ada darah daging dengan wanita terhebat seperti kamu.
“Cantik luar dan dalam,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizens turut menitipkan ucapan hari lahir selain turut memuji hubungan akrab diantara dua pelakon ini.
Sumber: Instagram Uqasha Senrose
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Rasa Situasinya Sangat Tak Kena,” – Tangguh Lancar Album EP Solo Sebab Pandemik, Alyph Mahu Fokus Pada Diri Sendiri
Selepas muncul menerusi single, Adakah Kau Mendengar pada tahun 2020, penyanyi R&B dan producer, Alyph mendedahkan dia mempunyai sebab yang tersendiri mengapa memilih untuk menangguhkan terlebih dahulu projek album EP yang berjudul 111/111.
Menurut Alyph atau nama sebenarnya Muhammad Alif Abdullah, keputusan tersebut dibuat bagi menghormati perasaan semua pihak lebih-lebih lagi buat mereka yang terkesan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini.
Katanya lagi, adalah tidak adil baginya untuk bersuka ria sedangkan orang lain sedang menghadapi detik yang amat sukar.
“Saya rasa, ini mungkin waktu yang paling sesuai untuk saya kembali fokus dalam muzik. Sebenarnya sejak dua tahu lalu, saya memang ingin memberi sepenuh tumpuan terhadap kerjaya muzik saya dan bukan orang lain.
“Tetapi disebabkan pandemik ini, takkan saya nak bersuka ria pula. Kalau saya hasilkan muzik yang ‘best’ dan ‘feeling good’, saya rasa situasinya sangat tak kena dengan keadaan pendengar ketika ini.
“Walaupun saya memang tak sabar untuk melancarkan album ep ini, saya pun kena fikirkan perasaan semua orang. Saya kena tahu muzik apa yang membuatkan mereka tetap berasa selesa walaupun ketika detik sukar ini.
“Apapun, saya tetap bersyukur dengan tiga buah lagu yang saya lancarkan ini. Saya rasa moodnya sesuai. Saya harap ia dapat membantu semua orang pada masa hadapan,” katanya kepada MH.
Bekas anggota kumpulan duo, Sleeq ini berkata sedemikian di majlis sidang media pelancaran album ep solo, 111/111 yang berlangsung secara virtual pada Khamis.
Jika sebelum ini, Alyph sememangnya terkenal dengan projek-projek kolaborasinya bersama penyanyi-penyanyi lain, namun, kali ini dia merasakan mungkin sudah tiba waktunya untuk dia memberikan fokus terhadap kerjaya solonya pula.
“Sepanjang karier saya sebelum ini, saya banyak berkerjasama dengan artis-artis hebat seperti Sonaone, Joe Flizzow, Ismail Izzani dan ramai lagi. Perkara sama juga berlaku ketika saya menjadi produser.
“Tetapi pada kali ini, saya seakan mendengar suara hati saya menitipkan ucapan syabas buat diri saya sendiri kerana berjaya merakam sebuah album ep tanpa bekerjasama dengan orang lain.
“Ini adalah kali pertama saya memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya solo dan saya berasa amat gembira. Saya seronok kerana dapat mengikuti rentak dan meluangkan masa untuk memahami diri sendiri.
“Saya dah banyak kali berikan tenaga dan tumpuan untuk artis lain. Ada kalanya saya rasa proses ini baik untuk saya. Saya mahu dahulukan diri saya dan buat apa yang saya suka. InsyaAllah pada masa hadapan, saya akan kembali semula dengan projek kolaborasi,” jelasnya lagi.
Dalam album ep 111/111 atau disebut sebagai ‘three-of- three’ ini, penyanyi asal Singapura ini telah pun menampil tiga buah lagu iaitu ‘Adakah Kau Mendengar?’, ‘Skali Lagi’ dan ‘Show Me Colours’.
‘III/III’ boleh didengari di semua platform digital pada 3 September 2021 dan video muzik rasmi ‘Skali Lagi’ akan ditayangkan secara perdana di laman YouTube ALYPH pada 2 September, 9 malam.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Sangka Serumit Ini..,” – Shahida ‘Berjuang’ 7 Jam Tahan Sakit, Bayi Bongsu Kongsi Tarikh Lahir Sama Dengan Aliff Syukri
Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida selamat menimang cahaya mata keenam pada petang Isnin.
Bayi lelaki yang masih belum diberikan nama itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada jam 2.40 petang.
Menariknya, anak keenam pasangan ini turut berkongsi tarikh lahir sama dengan Aliff iaitu pada 3 April.
Bercerita lebih lanjut mengenai kehamilannya kali ini, Shahida mengakui pengalaman kali ini sedikit mencabar berikutan berdepan dengan komplikasi di mana bayinya mengeluarkan tangan terlebih dahulu.
“Syukur Alhamdulillah tepat jam 2.40 petang hari Isnin 3 April 2023 (sama birthday dengan abah @aliffsyukriterlajaklaris).. lahirlah seorang putera setelah bertarung menahan kesakitan selama tujuh jam.
“Tak sangka serumit ini untuk cahaya mata keenam. Boleh pula tangan dia keluar dulu.. jenuh Dr nak masukkan tangan dia, tetap dia nak minta duit raya juga.
“Jadi hujung-hujung memang sambut tangan baby la dulu kita.. apapun semuanya selamat,” tulis Shahida di ruangan kapsyen menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.
Menerusi posting itu juga, Shahida turut berkongsi wajah puteranya itu buat tatapan semua.
Untuk rekod, Aliff, 36, dan Shahida, 38, berkahwin pada Ogos 2007.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Konon Nak Buat Kejutan, Duit Terpijak,”- Suami Nak Ganti Duit Abby Abadi, Akui Kesilapan Diri Sendiri
Terpaksa berputih mata dan menanggung kerugian hampir RM19,000 gara-gara terpedaya sindiket pelaburan atas talian (scammer), pelakon, Abby Abadi memaklumkan kejadian tersebut berlaku tanpa pengetahuan suaminya.
Jelas Abby, suaminya, Muhammad Faizal Zakari reda dan menyifatkan segala yang berlaku merupakan ketentuan daripada Illahi.
“Walaupun saya kena tipu, suami kata, ‘tak mengapalah sayang, tiada rezeki tapi macam mana boleh kena?’. Tanya jugak tu?
“Saya cakap tulah pasal. Rasa dah macam group merepek dan dah terasa dah macam nk terkena. Teruskan juga. Macam diseru-seru.
“Duit berlebih gatal pulak. Kalau tiada berduit, tahu pula duduk diam,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon yang popular menerusi drama Gerak Khas itu menerusi sebuah hantaran di laman Instaram.
Dalam pada itu, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan akui lega kerana suaminya itu bersetuju untuk menggantikan kesemua wangnya yang telah lesap.
“Suami memang tak tahu langsung fasal ni. Semua saya memandai sendiri. Konon kalau dapat, nak buat kejutan pada semua. Duit terpijak. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
“Yang pasti, sudah minta suami ganti. Suami kata ok sayang. Terima kasih suami. Baikkan suami saya.
“Tapi serius macam mimpi pun ada ni tapi nak buat macam mana, dah transfer dah pun,” ujarnya lagi.
Akui kesilapan tersebut berlaku disebabkan kelalaian diri sendiri, namun Abby tetap berharap agar dipelaku mendapat hukuman yang setimpal di dunia dan akhirat.
“Manusia tak dapat lari dari melakukan kesilapan. Tak mengapa, Allah ada. Saya tuntut dekat Padang Masyar nanti. Nak senang hidup dekat dunia, scam orang dan tipu sana sini.
“Tak tahu ke mati seksa nanti? Kalau tak tahu, ni saya nak bagitahu, kalau berhutang pun sangkut, kalau begini apatah lagi.
“Jumpa nanti dekat sana ye scammer. Saya haramkan dunia akhirat,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menyifatkan kejadian ini sebagai pengajaran yang berguna.
“Sedinya. Semoga Allah gantikan berganda-ganda lagi berkat kesabaran. Mahal sungguh harga sebuah pengajaran. Rasa macam duit sendiri pula.
“Moga Allah gantikan rezeki yang berlipat kali ganda untuk akak sekeluarga.
“Tak mengapa. Ini pengajaran untuk Akak Abby dan para pengikut. Ada hikmah disetiap perkara. Semoga perolek kebaikkan dan rezeki berlipat kali ganda daripada duit yang hilang tu.
“In Sha Allah, bila kita reda dengan apa yang kita sayang, Allah janji akan ada yang lebih baik yang akan datang. Semoga murah rezeki akak. Saya pernah kena dahulu. Suami juga sangat menyokong,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Rabu, Abby memaklumkan dirinya telah terpedaya dengan janji manis sendiket scammer selepas namanya dimasukkan dalam kumpulan Telegram ‘Trade Free Income’.
Menurut Abby, dia telah dijanjikan pulangan sebanyak RM145,000 dalam masa tiga jam sekiranya dia melaburkan wang pendahuluan sebanyak RM4,000.
Selepas termakan pujukan sendiket tersebut, Abby memindahkan lagi wang berjumlah RM14,500 seminggu kemudian.
Sedar diri akhirnya ditipu, Abby terus membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Ampang Jaya, Selangor pada Rabu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI