Penyanyi Stacy nyata terkesan dengan pemergian Alif Johan, anak kepada penyanyi Nora Arifin 14 Disember lalu.
Jelas penyanyi ini menerusi laman Instagram miliknya beberapa hari lalu, sejak kecil, Allahyarham sentiasa mengikuti perkembangannya dalam dunia muzik.
Malah, arwah juga punya semangat dan cita-cita yang tinggi dalam bidang nyanyian.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah kepada kak @itsnoraariffin sekeluarga atas pemergian anak tercinta.
“Saya masih terkejut dengan berita ini dan masih tidak percaya. I love you adik dan thank you so much kerana dari kecil lagi beliau sering mengikut perkembangan saya dalam muzik.
“Beliau mempunyai semangat dan cita-cita yang tinggi dalam bidang nyanyian dan tidak pernah putus asa dan juga selalu rajin bertanya tentang progress beliau.
“Panjang yang nak diungkapkan tidak terkira. Allah lebih sayangkan kamu dik dan ramai yang menyayangi kamu disini dan terkejut dengan berita mengejut ni.
“Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman Ya Allah. We gonna miss you Alif…Nanti kami juga akan menyusul ya Alif,” tulisnya.
Alif dipercayai meninggal dunia secara mengejut di kediaman mereka di Petaling Jaya sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Jenazah Aliff dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur berhampiran kubur Allahyarham bapanya, Johan Nawawi yang juga komposer terkenal yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017.
Foto : Instagram Stacy