“Allah Lebih Sayangkan Mak Norma, 6.20 Petang, Allah Jemput…,” – Hajat Timang Cucu Tak Kesampaian, Ibu Tiri Penyanyi Ashira Aziz Meninggal Dunia

Share

Penyanyi, Ashira Aziz berkongsi khabar duka selepas memaklumkan ibu tirinya telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Isnin.

Menurut Ashira, ibu tiri yang mesra disapa Mak Norma itu dikhabarkan baru sahaja selesai menjalani tempoh kurantin Covid-19 di Hospital Selayang, Selangor dan telah pun dibenarkan pulang.

Bagaimanapun setibanya di rumah, pada sebelah petang pula, ibu tirinya itu dilaporkan telah mengadu sakit slip disc sehingga menyebabkan dia sudah tidak mampu lagi untuk duduk mahupun berdiri.

“Semalam abah happy je sebab Mak Norma dah boleh discharge dari hospital Selayang setelah beberapa hari quarantine disana. Abah kemas rumah, yayyy abah ada teman balik.

“Mak Norma dah sampai rumah pagi tadi. Alhamdullilah, petang pulak abah mesej Mak Norma sakit kuat. Slip disc dia sakit menyerang. Dia tak boleh nak duduk atau bangun walaupun nak bergerak susah sakit.

“Abah kembali susah hati. Allah lebih sayangkan Mak Norma, 6.20pm Allah jemput Mak Norma balik. Allah nak Mak Norma rehat tanpa sakit lagi,” tulisnya.

Khabar mendukacitakan itu dikongsikan isteri kepada penyanyi, Bad Indigo itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Ashira turut menitipkan ucapan penghargaan buat arwah ibu tirinya itu kerana telah menjaga bapanya dengan baik selama ini.

Pada masa sama, Ashira mengakui dirinya berasa agak ralat kerana tidak berkesempatan untuk memenuhi permintaan ibu tirinya itu untuk melihat dia sekali lagi menimang cahaya.

“Mak Norma, terima kasih jagakan Abah selama ini, jaga makan minum abah, jaga pakai harian abah, jaga waktu abah sakit dan selalu ambik berat pada kami. Last kita jumpa bulan puasa yang lalu.

“Mak Norma cakap jangan lupa ‘Oshin kena ada Zuriat lagi’. Maafkan Oshin Mak Norma belum ada rezeki dan mungkin tidak akan terjadi. Oshin dah sayang Mak Norma macam Ibu sendiri.

“Mak Norma rehat lah ok. Jenguk-jenguk abAh dan kami selalu tau. Nanti shin rindu laksa Mak Norma siapa nak buatkan. Selamat berehat Mak Norma Assalammualaikum,” luahnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih selain turut mendoakan semoga arwah ibu tirinya itu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

“Salam takziah. Semoga beliau ditempatkan dalam golongan beriman.

“Salam takziah akak. Akak kena kuat dan doa banyak-banyak. Don’t give up okay. Akak take care ye.

“Salam takziah buat sis sekeluarga. Semoga khusnul khotimah dan syurga bersama orang-orang beriman,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Ashira dan Bad baru sahaja mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 11 Mac lalu.

Ini adalah perkahwinan kedua masing-masing. Dalam perkahwinan pertama, Ashira dikurniakan seorang anak, Megat Shazril Haziq Hadi, 15, manakala Bad pula memiliki dua anak iaitu Rayyan, 12, dan Rania, 11.

Sumber: Instagram Ashira Aziz

Published by
Aizam Manaf