“Allah Maha Adil, Dia Berikan Aku Anak-Anak Yang…,”- Tanda Syukur Azharina Meski Diduga

Share

Meski ditimpa pelbagai dugaan kehidupan, namun ia tidak pernah mematahkan semangat penyanyi Azharina untuk meneruskan kehidupan.

Terbaru, Azharina atau nama sebenar Azharina Azhar telah memuat naik satu video menerusi akaun Instagram miliknya.

Menariknya, penyanyi yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu telah berkongsi rasa syukur bersama peminatnya kerana dia dikurniakan anak-anak yang menyayangi dirinya meski dia ditimpa dengan pelbagai dugaan kehidupan.

“Asalamualaikum . Syukur Alhamdulilah Ya Allah … kau berikan aku Cinta kasih sayang dari Dua Anak anakku yang menyayangiku”

“dan setiap hari tidak lupa mencium , memeluk , mengadiahkan aku bunga seperti setiap hariku adalah hari aku jatuh cinta pada kasih sayang mereka yang tiada penghujungnya dimataku Dan hatiku…”

“Allah Maha kaya dan Adil…Dia berikan aku anak anak yang penyayang dan membahagiakan aku . Terima kasih Ya Allah.”kongsi Azharina.

Terdahulu, Azharina mempunyai dua orang anak angkat bernama Rahmat Azharin Aziz dan Rizkie Azharin Azhar Abdullah.

Bagaimanapun, umur Rizkie tidak panjang kerana telah pulang ke rahmatullah pada 28 Mac 2017 di Hospital Putrajaya kerana pendarahan otak, buah pinggang yang rosak dan darah mempunyai asid yang tidak sesuai.

Di samping itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Elegi Sepi itu telah kehilangan bapa angkat, Rashidi Sabri pada 27 Mac yang lalu.

MH juga turut mendoakan kepada Azharina untuk terus cekal dan tabah dalam menghadapi ujian kehidupan.

Dalam perkembagan lain, bintang ini bakal membuat persembahan secara eksklusif menerusi Konsert Azharina Queen of Soul pada 29 Jun depan di Royale Theatre Shah Alam.

Video : Instagram Azharina Azhar

Published by
Nazar Rafiqhi