Usahawan yang juga merupakan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad memaklumkan dirinya kini telah disahkan positif Covid-19 dan harus menjalani tempoh kuarantin.
Menurut Hafiz, perkara tersebut membuatkan dirinya berasa sangat sedih kerana dia baru sahaja memasang niat untuk meluangkan lebih masa bersama isteri dan anak ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
“Harini hari pertama PKP & hari pertama saya sebagai #PositiveCovid19. PKP ni ingat nak spend time dengan family dekat rumah sebab sebelum ni jarang ada waktu free sepenuhnya.
“Nah, bangun je pagi bila terima result dan terus amik bag bawa ke bilik bawah untuk saya quarantine,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Hafiz bagaimanapun meluahkan rasa lega selepas hasil ujian menunjukkan isteri dan anaknya tidak dijangkiti wabak berkenaan.
“Saya kerap buat swab test untuk pastikan diri saya okay. Balik dari kerja luar negeri atau beri bantuan mana-mana pun, Alhamdulilah result masih negative
“Last week saya dan keluarga ada juga buat swab test, still negative tapi harini first day PKP saya disahkan positive. Alhamdulilah Allah makbulkan doa saya bila isteri, anak saya negative
“Hopefully awak semua berada dalam keadaan baik tau. Siapa yg positive macam saya, insyaAllah kita doa baik baik dan bertenang,” katanya lagi.
Dikesempatan itu juga, Hafiz turut menyeru kepada orang ramai supaya menggunakan waktu yang terluang ini sebaiknya bersama keluarga di rumah.
“Mungkin ada kurangnya saya menjaga keselamatan diri dan insyaAllah sama sama kita repair perkara ni.
“Siapa yang masih sihat dan negative, jaga diri baik/baik waktu PKP ni, gunakan waktu ni bersama dengan keluarga awak sepenuhnya dkt rumah. Doakan saya dan keluarga baik-baik tau,” katanya lagi.
Entri tersebut kemudiannya tular selepas meraih hampir 150,000 tanda suka selain turut dihujani ribuan komen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat Hafiz dan keluarga.
Sumber: Instagram Hafiz Mahamad