Pasangan pelakon, Fasha Sandha dan Aidil Aziz selamat mengikat tali pertunangan semalam yang berlangsung secara sederhana dan tertutup di ibu kota.

Nyata, berita gembira itu turut diraikan rakan-rakan selebriti pasangan tersebut antara adalah pelakon, Datin Paduka Eina Azman.

“Congratulations kak @fashasandha n @itsaidilaziz I’m so happy for you,” tulisnya di Instagram.

Turut sama berbuat demikian adalah pelakon, Arja Lee.

Ads

“Allah itu pastinya mendengar doa kami semua dan kerana izinNya jua pasangan ini dah pun selamat ditunangkan sebentar tadi, terima kasih Allah ‘ Alhamdulillah.

“To my lil brother @itsaidilaziz & my lovely sister @fashasandha, I’m so happy for both of u. Syukor and excited menjadi saksi utk detik indah ini. Congratulations guys. Much love #aidilfasha,” tulisnya.

Ads

Selain Eina dan Arja, penyanyi, Ani Maiyuni juga turut mendoakan pasangan tersebut.

Ads

“Tahniah adik manis cantik dan sepadan bak merpati 2 sejoli. Alhamdulillah, I’m happy for you… Semoga ALLAH lindungi dan berkati mereka berdua @Fashasandha & pakngah Aidil Aziz,” tulisnya.

“Allah Mendengar” – Datin Paduka Eina Azman, Antara Selebriti Ucap Tahniah Buat Pasangan Tunang Popular, Fasha Sandha dan Aidil Aziz

Apa-apapun, tahniah sekali lagi MH ucapkan buat Fasha dan Aidil, semoga dipermudahkan segalanya dalam fasa pertunangan ini ya!

Foto: Instagram Artis

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI