Pelakon, Zulin Aziz mengucapkan syukur apabila singlenya, Dan Ketika Itu mendapat respon positif netizen.
Dia yang memuat naik muzik video (MV) lagu tersebut di laman Youtube baru-baru ini kini trending di Malaysia menunjukkan perkahwinan yang sepatutnya terjadi antara dia dan bekas kekasihnya.
“Ya Allah sebaknya saya,terharunya rasa bila apa yg saya cuba sampaikan sampai kat hati anda dan turut merasai apa yg saya rasa.
“Allahuakhbar Allah maha besar Allah tahu niat saya,Allah tahu apa tujuan saya.Terima kasih semua atas doa2 kalian.
“Allah mendengar doa saya,kerana saya mohon temukan dengan jodoh maka dia jauhkan saya dari lelaki itu.
“Allah melindungi saya.Saya yakin itu.
“Harini saya nampak betapa mulianya rakyat Malaysia,walau xkenal saya secara peribadi tetapi bersama2 saya merasakannya.
“Lagu ini juga cara saya berdakwah secara halus.
“Kita hanya merancang namun Allah sebaik2 perancang,yg terbaik hanyalah dariMu ya Allah ya tuhanku.#danketikaitu,” tulisnya di Instagram.
Sebelum ini, Zulin menafikan bahawa kisah putus cinta yang dikongsinya sebelum ini hanyalah gimik untuk lagu terbarunya.
Foto/Instagram: Zulin Aziz