“Allah Mudahkan, Beg Kena Curi Tapi…,” – Biar Diduga, Lufya Omar Tak Patah Semangat Beribadah Di Masjid

Share

Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar akui gembira kerana dikurniakan cahaya mata yang sentiasa bersemangat untuk menemaninya melakukan pelbagai aktiviti di masjid disepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut Lufya, meskipun dia dan anaknya kerap kali diduga dengan pelbagai cabaran, namun, perkara tersebut sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus melakukan ibadah.

“I’m blessed to have you. Baby girl anak solehah ni tetap semangat nak ikut pi masjid walaupun Subuh liat nak bangun. Few days ni rasa bahagia sangat. Alhmdulillah.

“Ada ujian tetapi Allah mudahkan. Beg kene curi tapi ada hamba yang pulangkan semula. Ada orang yang buat perangai buruk terhadap kami.

“Susah betul la nak jalankan tanggungjawab! Adoilah jenis manusia ni. Dengan cepat Allah hadiahkan pelbagai nikmat terhadap kami,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas bintang Akademi Fantasia (AF) musim ke-6 itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Lufya mendedahkan, dia percaya setiap perbuatan seseorang individu pasti akan ada balasan dan ganjarannya di kemudian hari.

Lantaran itu, dia sentiasa mahu berfikiran positif dan bersangka baik sesama manusia.

“Alhamdulillah, betapa baiknya Allah. Betapaku yakin setiap perbuatan pasti ada balasannya. Kita buat jahat kat org sekarang Allah bayar cash! Kita buat baik lagilah Allah ganti dengan cepat. Allah Maha Baik.

“Alhmdulillah orang yang sabar itu indah. Walaupun tak berapa nak sabar dengan perangai orang. Yang penting Haura happy,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kecekalan yang ditunjukkan oleh ibu tunggal itu selain turut memuji Lufya yang sudah pun membiasakan anaknya dengan aktiviti-aktiviti di masjid.

“Betul tu. Allah akan sentiasa dengar doa orang-orang yang teraniaya. MasyaAllah baby girl terujanya nak berbuka puasa. Semoga dipermudahkan semuanya.

“Indah hidup ini bila kita kenal siapa Allah. Hati akan jadi tenang. Bila diuji pun akan rasa manisnnya.

“Alhamdulillah, nikmat tuhan mana lagi kita dustakan. Semua berhikmah walau dalam kesusahan.

“Orang yang Allah uji dan dia bersabar sebenarnya paling Allah sayang. Allah nak beri rezeki lebih selepas ini,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Terdahulu, Lufya pernah mendirikan rumah bersama bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz pada tanggal 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Lana Haura, 3 tahun.

Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk bercerai pada 17 Jun 2021.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Lufya Alana

Published by
Aizam Manaf