Bintang media sosial yang juga merupakan Youtubers, Maryam Younarae berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata sulung awal pagi tadi.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Instafamous asal Korea Selatan itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

“Allah Mudahkan Bersalin,” – Maryam Younarae Selamat Timang Anak Sulung, Rina Nama Diberi

“Allah Mudahkan Bersalin,” – Maryam Younarae Selamat Timang Anak Sulung, Rina Nama DiberiMenurut Maryam, dia berasa amat bersyukur kerana segala urusan sewaktu melahirkan bayi perempuan tersebut telah pun dipermudahkan.

“Alhamdulillah. Baby dan Maryam sihat
Allah mudahkan bersalin. Terima kasih semua doakan saya,” tulisnya.

Menerusi entri berasingan, suaminya, Ryzal Ibrahim turut dilihat berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya sedang mendakap puteri sulungnya itu.

Ads

“Allah Mudahkan Bersalin,” – Maryam Younarae Selamat Timang Anak Sulung, Rina Nama Diberi

“Allah Mudahkan Bersalin,” – Maryam Younarae Selamat Timang Anak Sulung, Rina Nama Diberi
Pada masa sama, Ryzal turut mengumumkan dia dan Maryam telah pun bersepakat untuk menamakan anak mereka Rina.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

“Assalamualaikum warahmatullah. Masya-Allah comelnya puteri kesayangan genggam erat jari ayahnya.

Ads

“Saya namakan puteri kami Rina (Rizal + Narae). Kalau Rizal Maryam jadi Rima, lari nurse dengar nama anak,” kongsinya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa teruja selain turut mendoakan semoga anaknya itu membesar baik dan sempurna.

“Alhamdulillah, tahniah Maryam dan Ryzal.

“Alhamdulillah, selamat berpantang Maryam.

Ads

“Alhamdulillah, semoga sesi berpantang dilalui dengan segala kemudahan dari Allah SWT.

“Alhamdulillah, semoga Allah memelihara anakanda di dunia dan akhirat,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Allah Mudahkan Bersalin,” – Maryam Younarae Selamat Timang Anak Sulung, Rina Nama Diberi

“Allah Mudahkan Bersalin,” – Maryam Younarae Selamat Timang Anak Sulung, Rina Nama DiberiTerdahulu, Ryzal dan Maryam telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada Ogos 2019.

Sekadar informasi, bibit percintaan diantara pemuda asal Kelantan ini bermula sewaktu mereka bertemu ketika Ryzal sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Korea, Seoul.

Sumber: Instagram Ryzal Ibrahim & Maryam Younarae

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI