Susulan kemelut rumah tangga, pelakon Jay Iswazir mendedahkan dirinya telah teruk dikecam netizen sehingga ada pihak yang menghantarkan mesej ugutan.
Jelas Jay, situasi tersebut tercetus selepas tular pendedahan daripada bekas isteri, Azzahra Ahmad yang mendakwa dia ada melakukan keganasan dalam rumah tangga.
Walau teruk dikecam, Jay memaklumkan dirinya kekal tenang dan percaya Allah sentiasa ada bersamanya.
“Disebabkan kes ini, saya menerima kecaman yang paling teruk sepanjang bergelar anak seni. Ada yang kata saya dayus.
“Malah, saya ada menerima mesej daripada seorang wanita yang nak pukul saya. Ugutan pun ada tapi buat masa ini, saya baik-baik sahaja. Allah ada untuk saya.
“Saya baca komen-komen yang diberikan namun saya tidak koyak. Saya hanya merenung apa yang Allah nak susun untuk saya,” katanya kepada MH.
Jay berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media filem Dajal yang berlangsung di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada Rabu.
Ads
Jay Percaya Rezeki Allah
Dalam pada itu, Jay memaklumkan dirinya mahu kekal positif meskipun isu ini sedikit sebanyak menjejaskan reputasi dan nama baiknya.
“Kesan kepada kerjaya? Saya tidak berapa pasti. Namun, pada permulaan isu ini, nama saya memang ada ditolak. Apapun, saya tetap huznuzon.
“Sebelum kes ini berlaku, saya sudah biasa menerima penolakan. Saya tak berani untuk mengatakan sama ada nama saya ini direhatkan kerana sebelum ini, situasinya tetap sama.
“Melainkan kalau saya memang menerima surat rasmi daripada mana-mana pihak atau stesen tv. Jadi, saya berfikir baik sahajalah. Kalau ada rezeki saya, in sha Allah akan tetap ada. Buat masa ini saya okay sahaja,” ujarnya lagi.
Ads
Katanya lagi, dia melihat ujian ini sebagai ruang untuk merefleksi diri dan berubah ke arah yang lebih baik.
“Isu ini mengajar saya untuk kekal bertenang walau apapun situasinya. Malah, ia mendekatkan saya lagi untuk mendalami makna reda dan ujian Allah.
“Ketika ini, bila kita sebut sahaja nama Allah atau fasal agama, kita akan dilabel sebagai penunggang. Pada saya, dalam hidup ini tiada yang kebetulan.
Ads
“Bila jadi isu seperti ini, saya fikir Allah nak cuci dosa saya. Allah nak lihat apa tindak balas saya dan sebab itu saya berdiam diri,” akhirinya.
Sebelum ini, kisah pasangan ini menjadi bualan hangat netizen selepas pendedahan yang dibuat Azzahra yang mendakwa Jay melakukan keganasan terhadapnya ketika mereka masih bergelar suami isteri.
Kedua-dua mereka dalam proses mencari kata sepakat selepas Azzahra menerima notis tuntutan daripada Jay pada Disember lalu.
Untuk rekod, Jay dan Azzahra mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 28 Oktober tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Jay terlibat sebagai pelakon dalam filem Dajal yang bakal ditayangkan pada 6 Februari depan.
Selain Jay, filem arahan pengarah Pierre Andre itu dibarisi pelakon lain seperti Amir Nafis, Bidin Al Zaifa, Khatijah Tan dan Hanna Halim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana mengakui dia tidak rasa penat atau ‘terseksa’ apabila menyampaikan dua buah lagu di saingan Separuh Akhir Muzik-Muzik yang pertama, Jumaat lalu.
Malah, bintang ini mengakui mendapat rehat serta tidur yang cukup untuk membuat persembahan menerusi dua buah lagu, Hatiku Milikmu dan Satukan (duet bersama Khai Bahar) pada persembahan yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral itu.
“Saya dapatkan tidur yang cukup dan ada melakukan beberapa latihan. Biasanya sebelum buat persembahan pada waktu malam, saya akan menyanyi di rumah atau dalam kereta untuk biasakan diri.
“Tidaklah rasa tak selesa. Okay sahaja, enjoy je. Bila dengar balik dan maklum balas yang diterima pun okay. Saya tidaklah nak kata saya sudah puas hati, saya rasa masih boleh lakukan yang lebih baik.
“Cuma untuk malam ini saya rasa, tiada masalah atau ada isu penat dan sebagainya. Rasanya saya sudah bersedia untuk dua persembahan di semi final ini,” katanya kepada MH.
Siti Nordiana atau mesra disapa Nana berkata demikian sebagai mengulas reaksi sesetengah pihak yang membayangkan persembahannya pada malam berkenaan tidak berapa meyakinkan.
Malah, ada yang menyifatkan nyanyiannya pada malam itu juga kurang merdu seperti kebiasaannya gara-gara turut beri fokus dengan komitmen lain.
“Kalau nak diikutkan mengenai pembahagian masa dengan nyanyian serta lakonan, kadang-kadang kita tiada piihan. Kena lakukan sahaja yang sudah dijanjikan.
“Amanah yang diberikan saya cuba buat sehabis baik, sama ada dalam lakonan atau nyanyian. Saya tiada pilihan memang kena harung walau kalau nak diikutkan setiap hari kerja memang penat. Sementara ada permintaan tu, kita cubalah berikan masa,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Nana kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri, Satukan Rasa yang masih lagi berbaki.
Satukan Rasa yang kini bersiaran menerusi slot Drama Vaganza di Astro Ria dan Ria HD turut menampilkan Khai Bahar, Nine, Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Kem, Nina Juren dan ramai lagi.
Foto: Instagram Siti Nordiana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak pernah lelah mencuba nasib dibeberapa program realiti, akhirnya usaha keras penyanyi Rahmad Mega membuahkan hasil selepas dinobatkan selaku juara edisi pertama Terpaling Juara.
Menurut Rahmad, meskipun sudah bergelar penyanyi sejak lebih tiga dekad yang lalu, namun, dia mendedahkan dirinya masih lagi mendahagakan cabaran.
“Syukur kepada Allah SWT kerana menobatkan saya sebagai juara musim pertama Terpaling Juara. Kalau ikutkan pengalaman saya bertanding sebelum ini, jarang saya menang.
“Saya tahu ramai yang pernah melihat saya bertanding di program-program televesyen lain kerana misi dan hasrat saya adalah untuk melihat potensi diri dan adakah saya mampu bersaing dengan artis-artis remaja masa kini.
“Saya sentiasa membuka ruang untuk mencabar diri agar saya tidak tertinggal jauh. Setiap teguran yang diterima sepanjang menyertai pertandingan nyanyian, saya akan ambil dari sudut positif,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Bayangan Gurauan ini turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang merasakan penglibatan artis senior di program realiti hanya akan menjatuhkan kredibiliti mereka.
“Saya harap dengan kemangan ini, dapat membuka perspektif baru buat rakan-rakan seangkatan saya. Ada diantara mereka yang takut untuk menyertai pertandingan seumpama ini kerana bimbang reputasi mereka akan jatuh.
“Pada saya, ia bukan satu masalah kerana penyanyi senior seperti kami ini telah pun mencipta sejarah dan jenama yang tersendiri.
“Program-program seperti ini tidak akan menjatuhkan kredibiliti kami kerana lagu-lagu kami sudah bertahta di hati pendengar. Kalau kita tak paksa diri untuk membuat sesuatu, kita akan selamanya selesa,” katanya kepada MH.
Rahmad berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media usai konsert final Terpaling Juara yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada Ahad.
Dalam pada itu, Rahmad turut berkongsi rahsia kejayaan disebalik menerima undian tertinggi daripada peminat sepanjang program ini berlansung.
“Sebagai artis senior, kami ada sedikit kelebihan kerana kami punyai banyak undangan nyanyian berbanding penyanyi-penyanyi baru. Kami sering keluar tv atau hadiri majlis-majlis, disitu ramai yang menonton dah saya promosi habis-habisa .
“Sepanjang lapan minggu ini juga, saya punyai jadual undangan nyanyian yang sangat padat. Sampai Datuk Hattan pun tegur bila saya nak berlatih,” akhirinya.
Terdahulu, Rahmad yang juga merupakan anak didik kepada kapten, Hael Hussaini telah berjaya mengetepikan cabaran daripada tiga finalis lain sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.
Pada konser akhir tersebut, Rahmad telah membawakan dua buah lagu iaitu Ku Akui dan Dipenjara Janji.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan personaliti terkenal Filipina, Andrea Brillantes telah dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia bagi tahun 2024 oleh TC Chandler dan Independent Critics.TC...