Penyanyi Fuad Rahman mengakui masalah kesihatan yang dialaminya sejak tiga minggu lalu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kualiti persembahannya di Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9)
Akur tersingkir di konsert separuh akhir, Fuad yang juga bintang asal Singapura memaklumkan dia berusaha segala termampu bagi melawan sakit yang dialaminya itu.
“Saya mulai rasa diri saya bakal tersingkir sejak saya mengalami sedikit masalah kesihatan sejak tiga minggu lalu. Saya tahu ia bukan satu alasan untuk tidak beraksi dengan baik.
“Bagaimanapun, saya sudah cuba segala yang termampu. Ini adalah program pertandingan nyanyian. Saya harus menghormati pihak produksi, para peserta dan peminat. Sebab itulah saya masih teruskan sehingga sekarang.
“Ketika buat pemeriksaan, doktor memberitahu ia merupakan demam bermusim tetapi tekak saya sangat sakit. Khamis lalu, saya telah dapatkan suntikan untuk melegakan sakit saya ini,” katanya kepada MH.
Ditanya samaada dia ralat kerana diuji dengan masalah kesihatan ketika sedang rancak bersaing di GV9, Fuad memberitahu, dia percaya Allah miliki perancangan yang lebih baik.
“Saya tidak kecewa kerana sakit ini datang datang daripada Allah SWT. Mungkin Dia nak hapuskan dosa-dosa kecil saya. Apapun, saya tetap bersyukur dengan segala yang berlaku.
Ads
“Mungkin pada masa hadapan ada rezeki yang lebih baik buat saya. Setiap apa yang Allah berikan, tak semestinya perkara yang kita suka itu kita akan dapat. Kadang-kadang, kita dapat perkara yang kita tak suka. Saya reda dan tidak menyalahkan keadaan,” ujarnya lagi.
Sementara itu, penyanyi lagu Bila Rindu ini turut memaklumkan dia merancang untuk menetap di Kuala Lumpur bagi memberikan sepenuh tumpuan selain mengatur semula kerjaya nyanyian.
“Alhamdulillah, ketika ini saya sudah menerima pelbagai tawaran nyanyian di Malaysia. Jadi, saya perlu berikan perhatian terhadap kerjaya nyanyian saya di sini.
Ads
“Kalau saya pulang ke Singapura, agak susah juga nak berulang alik. Rasanya, lebih baik saya fokus di sini. Saya pun baru sahaja punyai tempat tinggal di sini.
“Isteri saya pula akan ikut saya tinggal di Kuala Lumpur tetapi buat masa ini, saya seorang diri dulu,” akhirinya.
Terdahulu, markah yang diraih Fuad hanya 58.30% sekaligus berada pada kedudukan yang terakhir dalam kalangan peserta yang bersaing.
Seorang lagi peserta iaitu Dina Nazir juga tersingkir di malam saingan konsert yang sama dan mereka turut bergandingan di pusingan duet menerusi lagu, Boneka.
Selepas berhempas pulas selama 10 minggu, enam peserta telah pun layak ke konsert akhir GV9 iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok, Bob Yusof, Hazrul Nizam dan VE.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada Rody Kristal, Niena Azman berkongsi khabar duka apabila suaminya disahkan positif Covid-19.
Menurut Niena, Rody atau nama lengkapnya, Mohd Rodi Baharuddin dijangkiti wabak berkenaan selepas dipercayai mempunyai kontak rapat dengan ahli keluarga yang turut positif.
“Seterusnya bila kenderaan utama xde, maka mcm2 la jadi.. sewa kete, pnjm kete org.. last tu niena beli balik kete niena dekat adik (satria neo) masa semua2 berlaku.
“Kami sekeluarga tumpang rumah mak dan ayah.. hampir sebulan la ddk kt rumah mak ayah.. jadi smlm adalah impak plg besar dlm hidup niena.. rasa down sgt.
“Bermula adik ipar rody disahkan positif, kemudian adik rody..malam tu tiba2 rody tido menggeletar, yg niena risau sgt sb dia ada asthma pagi esok buat swab.. dia positif ..,” tulisnya.
Di samping meluahkan rasa sedih, ibu kepada dua cahaya mata ini tetap rasa syukur apabila dia serta anak bebas daripada wabak penyakit berbahaya itu.
“Tuhan je tau mcm mne nk pengsan, niena ngn anak2 buat.. Alhamdullilah kami -ve.. mak ngn ayah pn sama cuma marisa +ve,” dedahnya lagi.
Dalam pada itu, Niena turut memberitahu Rody mulai mengalami beberapa gejala seperti sakit sendi, sakit kepala serta batuk-batuk.
“Rody mengadu, knp org ckp covid ni tipu, covid ni x sakit.. dr smlm dia mengadu sakit, sakit sendi, sakit kepala, batuk.
“Niena xtau nk tlg mcm mne.. tawakal dan berdoa je.. moga dia kuat.
“Nak cerita pnjng lg tp itu la antara kisah mcm mne terjadi.. selama ni kami sekeluarga sgt hati2.. sblm ni 2 kali kene kuarantin sb ada close contact.
“But today, it real! Mgkin org ckp itu dan ini, tp hanya menghadapi je tau mcm mne.. Buat sella, adi dan marisa.. korang kene kuat ya, semoga tiada yg memudaratkan,” tulisnya lagi.
Menerusi ruangan komen, para peminat turut sama rasa simpati dan turut mengirimkan doa serta ucapan positif mengharapkan agar semuanya dipermudahkan.
Foto: Instagram Niena Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang drama Takdir Yang Tertulis, Nad Zainal telah dinobatkan antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2020 bagi kategori seni dan kebudayaan anjuran Entrepreneur Insight.
Jelas Nad, dia sangat terharu dengan pengiktirafan tersebut dan menganggap ia sebagai satu permulaan yang baik bagi tahun 2021.
“Alhamdulillah 100 Most Influential Young Entreprenuers 2020 category ART & CULTURE.
“Saya sangat-sangat terharu dan pembukaan 2021 ini banyak memberi pengalaman indah,” tulisnya.
Rasa syukur dan terharu itu dikongsikan oleh ibu kepada seorang anak itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Nad turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyokong perjalanan seni dan perniagaannya selama ini.
“Terima Kasih keluarga tercinta,para guru, sahabat dan peminat yang mendukung kerja seni dan perniagaan saya,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mentipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga Nad akan terus sukses pada masa akan datang.
Untuk rekod, Nad ketika ini sedang mengusahakan perusahaan produk kecantikan yang diberi nama Audela Beauty.
Sumber: Instagram Nad Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isu pembedahan plastik di Indonesia menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila beberapa orang selebriti terkenal yang secara terbuka mengaku melakukan pembedahan plastik pada bahagian wajah mereka.
Terbaharu, dalam satu video yang dimuat naik oleh pengguna tiktok @amandaa9669, penyanyi dangdut dan pelakon popular Indonesia, Dewi Persik berkongsi yang dia juga pernah ditawarkan sejumlah bayaran untuk melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung namun menolaknya.
“Aku dulu pernah ditawarkan, ditawarkan duit dan juga endorsement. Hidung aku kan sudah mancung dan menerusi pembedahan itu akan dinaikkan lagi,” ujarnya dalam satu video.
Menurut pelantun lagu Mimpi Manis itu lagi sambil menunjukan bahagian hujung hidungnya, dia bukan hanya ditawarkan untuk diterbangkan ke Korea bahkan dia akan dibayar sebanyak 1 miliyar rupiah bersamaan hampir RM288 ribu jika setuju dengan kontrak.
“Tidak, ya, tidak bagus, ya? Mereka beri duit 1 miliyar rupiah. Dia kata untuk kontrak aku ke Korea untuk mancungkan hidung, tetapi aku tidak mahu,” ujar bekas isteri Saiful Jamil ini.
Menyerlahkan yang dia sudah berpuas hati dengan hidung semulajadi yang dimiliki, bagi dirinya wang bukanlah masalah sebaliknya dia menolak kerana tidak mahu jika hidungnya berubah selain takut ada kesan jangka panjang.
“Bukan masalah 1 miliyar tetapi kalau nanti hidung aku yang mancung kemudian dilakukan pembedahan dan menjadi busuk bagaimana? Ya Allah, jangan,” tambahnya lagi yang khuatir dengan kesan sampingan pembedahan.
Rata-rata netizen dalam ruangan komen video tersebut memuji cara pemikiran selebriti berusia 38 tahun ini mengenai pembedahan plastik. Tambahan lagi, ramai memuji bahawa bentuk hidungnya sudah cukup cantik terletak.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Indonesia kehilangan satu lagi bintang berbakat apabila pelakon komedi popular, Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Mat Solar, menghembuskan nafas terakhir pada Isnin,...