Pelakon Nadya Syahera ada berkongsi foto memori tahun lepas apabila dirinya sekeluarga bercuti ke luar negara.
Meski banyak dugaan yang perlu didepani kerana membawa dua anak kecil ke destinasi percutian yang agak jauh berbanding sebelum ini, namum dia gembira apatah lagi apabila mengenangkan situasi semasa yang berlaku ketika ini.
“Antara kenangan tahun lepas, 1st time bawak 2ketui ni pi jalan jauh. Banyakkk jugak cabarannya, sangat berbeza dgn trip2 sblm ni ye.
“Bawak anak kecik tak sempat bercinta wey haha. Biasa p berdua, pastu terus try p berempat negara yg jauh, sejuk plus last minit plan. Nahhh! macam2 lah jadinya.
“Tapi keseluruhan, anak2 happy and kitorg pun happy sbb dorg happy,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon drama rantaian, Chandelier ini turut berdoa agar umat Islam dapat meraikan Syawal sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.
“Pastu siapa sangka, tahun ni mungkin tak berpeluang dah nak pegi travel negara2 luar akibat penularan Wabak Covid19 ni, habis semua kena.
“Allah nak tegur tu, sekelip mata je jadi kan?
Takpelah, PKP dilanjutkan lagi, Ramadhan kita tahun ni takkan sama dgn tahun2 sblm ni.
“Doakan semoga kita dapat beraya seperti selalu. Hapuslah wabak covid19 ya allah,” pohon isteri kepada usahawan, Fizul Nawi ini.
Foto: Instagram Nadya Syahera