“Allah Permudahkan Urusan Kami,” – ‘Tak Kedekut’ Umum Nama Anak, Isteri Alieff Irfan Selamat Bersalin Kembar Sepasang

Share

Isteri kepada personaliti media sosial, Alieff Irfan, Nurul Nabilah Aliah Hazman telah selamat melahirkan bayi kembar sepasang pada tanggal 31 Ogos lalu bersamaan dengan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-65.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Nabilah menerusi entri terkini di laman Instagram.

Menurut Nabilah, kedua-dua bayinya itu dilahirkan secara pembedahan selepas usia kandungannya mencecah hampir 36 minggu.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah lahirlah putera dan puteri kami @twins_aylaayden pada 31/8/2022 .

“Welcome to the world Ayden Maleeq (2.06kg) 10.46 pagi dan Ayla Malaiqa (2.16kg) 10.44 pagi, (emergency C-section) 35 weeks 3 days,” tulisnya.

Menerusi entri yang sama, Nabila turut memaklumkan dia dan suami telah bersepakat untuk menamakan bayi kembar mereka itu Ayden Maleeq dan Ayla Malaiqa.

Katanya lagi, dia sendiri tidak menyangka kedua bayinya itu akan lahir pada tarikh yang sangat cantik.

“An unexpected date untuk jumpe diorang, date yang cantik but Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kami,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan selebriti tempatan turut berkongsi rasa gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Alieff dan Nabilah.

Sekadar informasi, Alieff dan Nabilah telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 14 Februari 2020.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Alieff Irfan & Nabilah Aliah

Published by
Aizam Manaf