“Allah Sangat Baik, Sangat Baik,” – Tya Arifin

Share

Bintang Indonesia yang kini bergelar usahawan, Tya Arifin ada berkongsi foto yang merakamkan dia foto cahaya matanya.

Perkongsian entri itu dimuat naik bintang yang baru saja bersalin anak kedua ini khusus bagi menberi dedikasi terhadap sambutan Hari Ibu.

“Allah sangat baik, sangat baik. Ia menitipkan dua jiwa yang sangat istimewa.
Memberi kebahagiaan, cinta dan kasih.
Hari ini adalah hari yang istimewa,Hari Ibu.

“Doa Ibu untuk Arif dan Azzahra, semoga membesar menjadi anak yang sholeh sholeha, baik budi pekerti, santun dan berhati mulia. Untuk ibu yang di luar sana,
Happy Mother’s Day,” tulisnya.

Lalu, posting berkenaan turut ditinggalkan dengan lebih 300 komen peminat.

Terdahulu, Tya baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata kedua beberapa hari lalu di salah sebuah hospital swasta di ibu negara.

Foto: Instagram Tya Arifin

Published by
Rafiq Mazlan