“Allah Sangat Sayangkan Saya,” – Syukur Hidup Lengkap Sempurna, Tya Arifin Azam Jadi Ibu & Isteri Terbaik

Share

Dikurniakan keluarga bahagia dan perniagaan yang kian kukuh, usahawan Tya Arifin bersyukur kerana menganggap kehidupnya kini sudah sempurna.

Bagaimanapun, Tya masih mahu belajar seterusnya menjadi insan lebih baik sebagai ibu dan isteri kepada suami tercinta.

“Alhamdulillah,saya rasa sangat bersyukur dikurniakan anak sepasang (lelaki dan perempuan) dan sihat.

“Allah sangat sayangkan saya.Segalanya sudah lengkap.

“Jadi, saya terus berdoa untuk jadi ibu yang terbaik kepada anak-anak,isteri yang terbaik untuk Asyraf,usahawan yang terus berjaya untuk membantu keluarga dan orang ramai,” kata Tya kepada MH.

Tya ditemui di mmCineplexes@E-Curve,The Curve,Petaling Jaya pada malam gala filem Misi Operasi X (M.O.X), baru-baru ini.

Sementara itu, ibu kepada dua orang anak ini juga tidak menggalakkan anak-anaknya terlibat dalam mana-mana drama atau filem buat masa ini.

“Mungkin kalau berlakon,saya tidak galakkan mereka (anak-anak) kerana set pengambaran (shooting) makan masa yang lama,” jelasnya.

Sebaliknya, Tya hanya membenarkan anaknya menerima tawaran sebagai duta sebuah produk sahaja.

“Kalau jadi duta sebuah produk atau iklan, saya okay kerana tempoh masa shooting itu hanya beberapa hari saja.

“Hal ini kerana saya tidak mahu menganggu kegiatan mereka yang masih kecil dan perlukan perhatian keluarga sepenuhnya,” kongsi Tya yang telah berkahwin dengan Ashraf Khalid pada 1 November 2015.

Dalam pada itu, Tya atau nama penuhnya Nurtria Wulandari Arifin menjelaskan bahawa dia tidak menghalang anak-anaknya untuk terlibat sebagai duta bagi sesebuah produk.

“Ada juga tawaran yang melibatkan Arif dan Azahra untuk muncul dikaca televisyen seperti menjadi duta sesebuah produk.

“Tetapi saya juga melihat kepada jenis produk yamg ditawarkan kepada mereka (anak-anak),” ujarnya.

Dalam perkembangan lain,Tya sebagai peneraju utama dalam filem M.O.X turut gandingan Ebi Kornelis Zaidi Omar, Radhi Khalid, Shareeta Selvaraj, Adam Shahz dan ramai lagi.

Filem ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula Khamis ini.

Foto : Instagram Tya Arifin

Published by
Amynur Akmal