Sejurus tampil memberikan penjelasan mengenai beberapa isu tular yang melibatkan dirinya serta Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Haris, 25, sebagaimana yang diperkatakan sejak Sabtu, ruangan Instagram selebriti dan usahawan, Neelofa dihujani dengan ribuan komen warganet.
Malah, antara ribuan komen yang diterima, rakan selebriti turut sama tidak ketinggalan mememberikan kata semangat buat bekas hos MeleTOP itu.
Malah, ada di antara mereka yang mendoakan agar semuanya dipermudahkan.
Hasil tinjauan MH, antara rakan artis yang meninggalkan komen pada hantaran video terkini Neelofa yang merungkai pelbagai spekulasi yang bertebaran itu termasuk Tiz Zaqyah, Elizad, Shuib, Mawar Rashid dan ramai lagi.
Sementara itu menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Ahad, Neelofa antara lain menafikan beberapa dakwaan berkaitan status serta beberapa hal lain sebagaimana didakwa.
Figura berusia 31 tahun itu pada masa sama turut berharap agar semua pihak dapat memahami seterusnya tidak lagi terus membuat andaian yang tidak tepat berikutan pelbagai cerita dan andaian yang telah keluar mengenai mereka yang boleh menjejaskan nama baik keluarga.
“Saya mohon kepada semua pihak untuk tidak terus menerima andaian berkenaan bulat-bulat dan mengambil masa sejenak untuk memahami ketidakwajaran tuduhan ini.
“Sementara itu, mengenai status hubungan terkini saya dengan Haris, apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya.
“Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya.
Ahli perniagaan asal Kelantan itu juga turut memohon maaf kepada seluruh ahli keluarganya termasuk keluarga Haris atas apa yang berlaku.
Terdahulu, pelbagai spekulasi mengenai status hubungan Neelofa dan PU Riz mulai diperkatakan netizen menerusi media sosial dan menjadi ‘trending’ di Twitter berikutan beberapa tangkap layar yang dimuat naik ibu dan adik-beradiknya itu di Instagram menjadi viral.
Malah, rata-rata netizen juga sama memuat naik kembali tangkap layar tersebut lalu membuat spekulasi mengenai status hubungan pasangan personaliti berkenaan.
View this post on Instagram
IG TV hantaran tersebut sehingga kini sudah pun ditonton lebih dua juta kali bersama hampir 15,000 ribu komen.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI