“Allah Slow Slow Buka Jalan, Satu Per Satu Dia Tunjuk,”- Faralyna Idris

Share

Pelakon, Faralyna Idris akui tidak semua perkara yang diimpikan datang sekelip mata,sebaliknya perlu berusaha ,berdoa dan tawakal.

Malah, ibu kepada dua orang anak itu sentiasa mengutamakan keluarga terlebih dahulu.

“Banyak sebenarnya benda yg Bonda nak achieve dlm hidup Bonda, tapi belum dpt.

“Sebab slps kahwin, Bonda automatic ada rasa perubahan dlm diri Bonda. Tambah pula, tak lama lepas tu pregnant. Memang sgt sgt sgt lain.

“Salah satunya adalah, Bonda mula rasa “Its not everything about myself ( only ) anymore.” Jadi, segala benda yg Bonda dah plan dan focus utk buat utk diri sendiri mmg Bonda tolak tepi terus.

“My husband, my baby, my family adalah my 1st priority. Walaupun Bonda tahu, Bonda punya masa & peluang utk kerja impian Bonda.

“Tak menyesal ke? – ramai yg tanya soalan ni,” kongsinya.

Dalam masa sama, Fara bersyukur kerana dikurniakan keluarga bahagia bersama suami dan anak-anak.

“Tak. Bonda rasa sgt sgt sgt bersyukur Allah SWT tu gerakkan hati Bonda utk utama keluarga dulu. Jaga suami, jaga dan beri sepenuh perhatian pada anak.

“Sekarang anak-anak dah besar sikit, Allah SWT slow slow bukak jalan utk Bonda. Satu persatu Dia tunjuk.

“Syukur Alhamdulillah. Semoga Dia terus buka jalan & beri petunjuk, & terus setuju dgn apa yg Bonda cuba usahakan hari ini dah seterusnya.

“Korang jgn risau. Kalau apa yg korang inginkan/impikan harini tak dpt, korang yakinlah bahawa sama ada belum sampai masa/rezeki dariNya lagi utk kita atau mungkin perkara itu bukan yg baik utk dia.

“Kalau ia bukan yg baik utk kita, percayalah bahawa Dia akan menggantikan dgn perkara yg jauh lebih baik dari apa yg kita nak/plan tu. Okay?

“Usaha, keep doa, sabr, percaya & yakin padaNya,” tulisnya panjang lebar.

Terdahulu, Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri Abdullah pada Disember 2014.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fira Anggun, 5, dan Fira Ayu, 2 tahun.

Foto: Instagram Faralyna Idri

Published by
Amynur Akmal