Isteri kepada pelawak, Atu Zero, Shafeeqa Johari memaklumkan suaminya kini sedang ditahan di hospital akibat kekurangan air dan penat yang melampau.
Jelas Shafeeqa, ini pertama kali dia melihat suaminya itu terlantar di hospital kerana sebelum ini dia merupakan seorang yang kuat.
“Kecundang jua hero kami. Bukan covid ya. Rehydrate, kepenatan, keletihan. Selalunya kami yang sakit, dia yang gagah. Tak pernah aku lihat dia di atas katil hospital.
“Time nak cucuk air pon dia masih tanya, boleh ambil wudukkah kalau cucuk masuk air ni. Boleh B. Pedih pon sikit je lah. Kita tayamum. Doakan hero kami sehat cepat,” tulisnya.
Khabar tersebut dikongsikan oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dalam posting berasingan, Shafeeqa turut menyifatkan sakit ini merupakan petanda daripada Allah SWT agar suaminya itu dapat berehat secukupnya dan tidak memikirkan mengenai soal kerja buat sementara waktu.
“Salam subuh. Allah tahu kau strugle cari rezeki b. Dia suh rehat jap. Takpe b, jangan risau. Ada lagi rezeki lain. Suami, orang paling gagah dalam rumah tangga. Kalau sakit pon dia gagahkan juga mencari rezeki.
“Sayu tengok muka suami. Syukur alhamdulillah tiada apa-apa yang serius. Kalau sakit jangan biarkan lama-lama. Teruslah pergi hospital.
“Kadang-kadang suami ni pura-pura sihat, tak nak kita ni risau. Atu ni rajin tapi dah sampai limit dah kekuatan badan tu. Tak boleh nak buat apa-apa terus,” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan doa semoga Atu lekas sembuh dan dapat kembali bekerja semula seperti biasa.
Atu atau nama sebenarnya Sharif Kuna Doli Sharif, 27, mendirikan rumah tangga dengan Shafeeqa yang juga merupakan pereka fesyen pada tanggal 8 Februari 2016 dan kini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Shafeeqa Johari