Sering memberikan aksi bertenaga setiap minggu, penyanyi Dinie Rashid berjaya dinobatkan sebagai pemenang tempat ke-4 Big Stage 2020 meski memegang status sebagai orang kelainan upaya (OKU) dengan daya penglihatan hanya 20 peratus.
Ditanya mengenai rahsia di sebalik pencapaian itu, Dinie menjelaskan dia mempunyai formula sendiri demi memastikan dirinya tampak selesa ketika berada di atas pentas.
“Saya dah biasakan diri kira ‘steps’. Perkara pertama sekali yang pengurus saya buat bila saya sampai dekat sini, mereka bawa saya pusing satu pentas.
“Sebab itu saya tidak boleh pakai kasut yang sembarangan. Saya kena pakai kasut yang sesuai. Kalau tidak, saya akan berasa susah sikit untuk gunakan kaki saya untuk rasa.
“Saya juga gunakan deria rasa. Alhamdulillah Allah tarik satu tapi dia bagi lagi lebih. Jadi kaedah seperti itu yang saya gunakan,” katanya kepada MH.
Ads
Kenyataan tersebut dikongsikan bintang berusia 28 tahun itu sewaktu ditemui pada sidang media Big Stage 2020 Akhir yang berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC), Putrajaya pada Ahad.
Dalam pada itu, Dinie turut menambah, dia tidak mahu perasaan takut menguasai diri sehingga mengganggu konsentrasinya.
Ads
“Sudah tentu saya kena hafal langkah. Tetapi secara jujurnya semua saya gamble sahaja.
“Walaupun saya OKU dan kalau saya takut-takut, saya tidak akan ke mana. Saya belasah je. Macam pengurus saya selalu kata, tak kisahlah kalau jatuh pun.
Ads
“Yang penting kita lawan. Ada rezeki steps menjadi. Kalau tak jadi jatuh pun saya tak kisah,” jelasnya lagi.
Ketika ramai yang menganggap sokongan yang diterima Dinie adalah atas dasar simpati, namun, penyanyi tersebut lebih selesa dirinya dikenali dengan bakat yang dikurniakan terhadap dirinya
“Saya rasa tidak. Sudah tentu saya nak orang sokong kerana kelebihan dan bukan kekurangan saya. Tapi mungkin dengan kekurangan saya orang boleh ambil sebagai inspirasi.
“Walaupun seseorang itu ada kekurangan dia nak juga berjaya. Kita kene tengok perspektif masing-masing,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seperti umum mengetahui, pelakon dan pengacara Nabila Huda telah memulakan tugas baharunya sebagai hos di rancangan hiburan Melodi, yang bersiaran di TV3 pada Ahad.
Menerusi entri di akaun Instagram Nabila atau lebih mesra dengan sapaan Abil itu, dia ada memuat naik beberapa keping foto ketika membuat sesi rakaman rancangan hiburan tersebut yang dilalukan secara virtual.
“Bila Drama Queen jadi host Melodi, memang dramatic la jadinya. FELVAGAI watak la she keluar kan. Jangan lupa kite ada dating kejap lagi jam 12:30 tengahari di @meloditv3 #Virtualhosting #MelodiTV3,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata penonton memberi pujian terhadap cara penyampaian Abil sebagai hos rancangan Melodi yang dilihat memberi sisi baru buat program tersebut.
“very good nabila @kupu_kupu .. first episode looks so good .. please maintain that style, image dan cara mengacara Melodi .. far away different compare to the previous hosts .. content pun best minggu ni … very good .. OK GOOOO …,” tulis seorang peminat.
“Terbaik @kupu_kupu ..saya ni jarang tgk melodi..smpt tgk separuh sbb tahu abil first hosting melodi hr ni..love giler penuhi character, senyum sorang2 tgk abil hosting..keep it up sis,” puji lagi seorang peminat.
“si polan si polan. lahhhhhh .. wehhhh aku gelak2 kaw2 abil ni jadi hossrasa mcm bawak watak erma dlm diva popular ko hos abil please lah @kupu_kupu . reply komen i tau if u nmpk komen ni . best lah abill,” tulis lagi seorang warganet di ruangan komen.
Sebelum ini, rancangan hiburan popular itu telah dihoskan oleh pengacara Awal Ashaari dan Janna Nick bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 12.30 tengahari di TV3.
Foto: Instagram Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Di ruangan kapsyen video tersebut, pelakon yang berusia 37 tahun itu telah seperti sedang bergurau dengan isterinya, Scha Alyahya.
Lantas, Scha telah membalas di ruangan komen pada video tersebut.
“Tambah anak dulu lah Abam sebelum tambah cawangan”tulisnya.
Oleh itu, gelagat pasangan ini telah menjadi perhatian peminat dan rata-rata peminat berasa terhibur apabila melihat gelagat mereka yang sangat kelakar.
Alahai, sweet betul lah Awal dengan Scha ni, pasangan yang sangat kelakar dan serasi.
Video : Instagram Awal Ashaari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi lagenda, Dato’ Awie kini tampil dengan single terbaharu, Coretan Pilu hasil gabungan karyawan komposer dan penulis lirik muda iaitu Ikhwan Fatana, Wan Salleh dan Fedtri Yahya yang pastinya meruntun jiwa pendengar.
Coretan Pilu mengisahkan tentang seorang ayah yang rindukan belaian kasih sayang anak-anaknya dan turut menjadi runut bunyi untuk drama Ayahanda arahan Dato’ Ahmad Tamimi Siregar yang kini bersiaran menerusi slot Lestary TV3.
Bait-bait lirik yang diilhamkan oleh dua karyawan muda ini dilihat dapat mencengkam perasaan penonton apatah lagi apabila melihat lakonan hebat seperti Jalil Hamid, Ogy Ahmad Daud dan Fikry Ibrahim.
Drama bersiri Ayahanda merupakan adaptasi daripada novel karya penulis tersohor, Allahyarham Azizi Hj Abdullah A.M.N yang diterbitkan pada 1997.
Drama ini sesuai untuk tontonan sesisi keluarga kerana menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dan kasih sayang seorang ayah kepada anak-anak serta kesetiaannya kepada agama.
Ayahanda bersiaran pada setiap Rabu hingga Sabtu, 9.00 malam bermula 10 Julai lalu.
Coretan Pilu edaran MonkeyBone telah dilancarkan di semua platform digital secara serentak sejak 9 Julai lalu.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jika sebelum ini Adele membuat hantaran terharu kerana tidak sangka Celine Dion hadir ke malam persembahannya, kini giliran penyanyi lagu My Heart Will Go...