“Allahu, Bergenang Air Mata Saya,” – Lihat Usaha Anak, Datuk Adi Putra Tidak Dapat Tahan Sebak Sebab…

Share

Pelakon Datuk Adi Putra ada memuat satu rakaman video ketika meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-40 bersama keluarganya, baru-baru ini.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya, Adi telah meluahkan rasa sayu dan sedih melihat nasib anak angkatnya, Zara Adelia yang dilahirkan dalam serba kekurangan.

Meski tiada kebolehan untuk mendengar dan bercakap seperti kanak-kanak normal, Zara dilihat berusaha untuk membacakan doa serta ucapan selamat hari jadi kepada bintang berusia 40 tahun itu.

“Saya sgt sebak bila putri saya Zara Adelia Yg tak boleh mendengar dan bercakap membacakan doa selamat buat hari jadi saya. Allahu, bergenang air mata saya.

“Allah saja yg tahu. Inilah hadiah paling cukup istimewa yg tak dapat beli dimana-mana. Terima kasih istriku, az-zahra, nani, yg meraikan ulang tahun ku ke 40 Tahun.

“Perasaan sgt bersyukur yg pernah di pesan Habib Ali Zaenal Abidin. ‏#taatpadayangsatu

#adpfamily,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut meluahkan rasa sedih selepas menonton perkongsian pelakon drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri itu.

Sehingga kini, rakaman video tersebut telah meraih lebih 170,000 tontonan daripada warganet.

Sekadar informasi, Adi mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Aida Yusof atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof pada 14 April 2006.

Foto: Instagram Adi Putra

Published by
Nazar Rafiqhi