Isteri kepada penyanyi, Lan Solo, Nur Sheila Hassim menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana telah menggerakkan hati suaminya dan gitaris kumpulan Kristal, Rody untuk berdamai.
Menurut Sheila, hubungan keduanya ibarat macam adik beradik memandangkan mereka berdua telah berkawan baik sejak di bangku sekolah lagi.
Dikesempatan itu juga, ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut merakamkan ucapan penghargaannya buat rakan artis, Syura dan Acap Kristal kerana telah sama-sama berusaha demi menjernihkan semula hubungan dua sahabat baik itu.
“ALLAHUAKBAR, Allah dengar doa aku weiii! Syukur, as I told u guys, diorang ni sebantal.. memang macam adik-beradik kandung. Air cincang macam mana pon tak putus.
“Acap @acapkristal_ , tengok nie. Usaha kita berjaya! Not to forget @syurabadron . Thank you jadi bahu yang sentiasa ada! Guys, doakan yang baik-baik,” tulis.
Rasa terharu itu dikongsikan sendiri oleh Sheila menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Sheila turut berharap agar orang-orang di luar untuk tidak lagi membuat sebarang spekulasi melibatkan Lan dan Rody sebaliknya berdoalah supaya hubungan baik mereka ini akan berkekalan sampai bila-bila.
“Aku yakin satu Malaysia tahu “kisah” mereka but I know them well. Semoga Allah terus buka jalan dan ruang untuk kita semua merasai nikmat berkasih sayang.
“I reserved my comment.. but ALLAH DAH JAWAB DOA AKU! Blessed,” kongsinya lagi.
Menerusi entri berasingan, Lan dilihat memuat naik foto terkininya bersama Rody ketika mereka bertemu di konsert minggu ke-3, Gegar Vaganza 8 yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Putrajaya pada Ahad.
“Allah dengar doa-doa hambaNya. Alhamdulillah. Syukur! Thank you Allah,” ujar Lan ringkas.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa teruja selain turut mendoakan yang baik-baik sahaja buat Lan, Rody dan Kristal.
“Alhamdulillah. Happy dan sedih! 2 in 1. Sayang korang semua tau! Aku happy sangat ni. Sumpah happy,” komen Syura Badron.
“Aku nak nangis juga tadi. Nasib baik ada masyarakat tengok,” balas Jojoe Ali.
“Original Kristal kembali?,” reaksi Ohh Amar.
” Serious laa? Saya manusia paling happy kalau macam ni,” komen Leianaa.
Terdahulu, hubungan antara Rody dan Lan Solo dikatakan keruh selepas wujud perselisihan faham sehingga penyanyi itu meninggalkan kumpulan terbabit untuk bergerak sendiri pada November 2017.
Perselisihan faham tersebut dikhabarkan bermula sewaktu Lan menyertai program, Gegar Vaganza musim ke-4 yang dikatakan tidak mendapat persetujuan diantara ahli kumpulan Kristal yang lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Sheila Razlan & Lain Solo