Seniwati Margaret Gan sememangnya bukanlah satu nama asing bagi peminat drama tempatan.
Malah, baru-baru ini juga namanya kembali menjadi bualan selepas dia dikhabarkan telah memeluk agama Islam pada usia 79 tahun.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon, Serina Redzuawan menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
“Allahuakhbar, indahnya sebuah penghijrahan, ibarat bayi yg baru di lahirkan semula bersih putih suci tanpa dosa.
“Subhanallah..benarlah Hidayah itu milik Allah SWT, bayangkan Seniwati Margaret Gan ni akhirnya memeluk agama Islam pada usianya 79 Tahun.
“Dari kisah yang Serina baca anak lelakinya Mohd Taufik Gan lebih awal memeluk Islam ketika usia 20an zaman belajar, malahan anak nya berkahwin dengan wanita islam dan kini mempunyai cucu. Mereka tinggal serumah bersama sama,” tulisnya.
Dalam pada itu, Serina turut memaklumkan Margaret sebenarnya sudah terbiasa dengan rutin kehidupan sebagai seorang muslim memandangkan dia juga tinggal serumah bersama anak serta menantu.
Malah, dia juga tidak berasa kekok untuk mengenakan hijab selepas ini
“Aunty Margaret juga sudah biasa dengan kehidupan rutin sebagai orang islam kerana melihat anak serta menantu nya mendirikan solat, malahan dia juga tidak kekok bila dia kini wajib memakai Hijab.
“Kerana dia lihat menantunya memakai hijab setiap hari. Paling indah..bila dia melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan anak lelaki tunggalnya sendiri.
“Sebak sehingga menitis air mata anak lelakinya kerana selama ini dia tidak pernah mendesak ibunya memeluk agama Islam. Malahan kita semua juga tau Aunty Margaret juga popular di kaca tv dengan pelbagai drama melayu,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, anak kepada cef selebriti popular, Cef Wan ini turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga Margaret dapat terus istigomah dan menetapkan hatinya ke jalan Allah.
“Marilah kita sama mendoakan semoga Aunty Margaret Gan Istikhomah dan terus berdakwah supaya lebih ramai lagi yang akan memeluk Agama Islam Allahuakhbar! Tahniah Aunty Margaret Tan.
“Sungguh terinspirasi dengan penghijrahan Aunty. Kebetulan beberapa bulan lepas Seniman ada anjurkan program Bengkel Lakonan, Serina sebagai Moderator. Aunty pun ada sama dalam kelas tu.
“Keperibadian yang sangat terpuji. Rajin belajar, menghormati org lain , merendah diri dan sering tersenyum orangnya. Maka Allah pilih insan yg berhati mulia ini utk di beri hidayah,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira dengan perkhabaran tersebut.
Sekadar informasi, Margaret telah memulakan karier lakonan secara tidak sengaja pada usia lewat 20-an apabila sebuah syarikat produksi mencari pelakon berbangsa Cina.
Diawal pembabitan di dalam dunia seni, Margaret membuat kemunculan sulung menerusi drama, Kemarau Di Hujung Daun sebagai pelakon tambahan. Ini disusuli Dengan Keringat Aku Ingat dengan peranan lebih besar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Serina Redzuawan