Pempengaruh dan usahawan sensasi, Siti Jamumall tampil menjelaskan mengenai status dirinya yang sudah bergelar ibu tunggal kepada dua anak.
Pendedahan tersebut dilakukan Siti Jamumall, 24, selepas selepas timbul banyak persoalan dalam kalangan warganet sekaligus memohon agar hentikan fitnah.
Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin dan suami sudah bercerai dengan talak satu sejak tahun lalu selepas empat tahun berkahwin.
“Perceraian ini sakit. Walaupun apa yang dilihat dan dilalui ini mengganggu emosi, saya simpan dan tak beritahu sesiapa kecuali keluarga dan rakan rapat saja. Dulu lagi saya jenis tak kongsi kisah peribadi terutama rumah tangga.
“Cuma sejak kebelakangan ini saja apabila sayabuat sesi siaran langsung di Tiktok, ramai bertanya mana suami, lama tak muat naik gambar dan video bersama, jadi saya rasa ini masa terbaik untuk saya kongsikan perkara sebenar.
“Lagi pula saya pun dah habis edah dan simpan perkara ini lama. Dalam masa sama, nak elakkan fitnah berlaku. Jadi, saya tak nak lagi ada komen bukan-bukan. Sebab mereka tak tahu apa-apa. Saya tak nak ada fitnah berlaku,” katanya.
Dia bagaimanapun akui episod perceraian yang berlaku memberikan impak besar terhadap diri dan kehidupannya.
“Apa yang berlaku ini memberi impak besar kepada kehidupan saya. Saya hanya berkongsi perkara ini kepada keluarga dan rakan rapat saja. Mereka yang banyak berikan sokongan dan semangat untuk teruskan kerjaya.
Ads
“Saya dari umut 16 tahun dah biasa berdikari dan cari rezeki. Bila bercerai ini, hidup perlu diteruskan. Saya sentiasa ingat pesan mak, menjadi perempuan macam mana kaya pun suami, tapi kena ingat kena ada duit sendiri dan cari duit sendiri.
“Jadi apabila bercerai, saya sedar ia sangat penting. Kalau contoh saya tak ada apa-apa, mungkin sukar untuk saya teruskan hidup dan besarkan anak-anak. Saya mencari rezeki untuk besarkan dua anak lelaki. Saya yakin ramai juga ibu tunggal yang kuat untuk membesarkan anak-anak.
“Saya buat berniaga dan buat sesi siaran langsung. Tujuan saya untuk mencari rezeki halal untuk anak-anak. Saya tak baik mana, banyak jahat saya, saya tahu. Kalau anda tengok saya memekik dalam ‘live’, itu adalah kandungan yang dibuat semata-mata,” katanya.
Malah, perkara tersebut turut dikongsikannya di dalam satu hantaran yang dikongsikan di TikTok dan Instgaram.
“Allahuakbar, ini dugaan bagi sayalah kot… Saya tak nak cerita lebih-lebih. Tapi sekarang saya is a single mother. Saya cari rezeki untuk anak, dua orang.
“Saya tak nak menangis atau minta simpati dalam ‘live’, tapi saya yakin di luar sana ada juga single mother tengah kuat membesarkan anak-anak mereka.
“Saya buat live, berniaga untuk cari rezeki halal untuk anak-anak saya. Saya tak baik mana, banyak jahat saya. Saya tahu… Kalau you all tengok saya memekik-mekik dalam live, itu hanyalah konten,” katanya.
Imbas kembali, menerusi hasil perkahwinan tersebut, Siti Jamumall dan bekas suami dikurniakan dua anak itu Putra Adam Rizki, 4 dan Putra Aiman Zafran, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dengan hanya sekali lafaz, aktor tampan, Remy Ishak telah pun sah bergelar suami kepada ahli perniagaan, Ezza Yusof di Masjid Negara sekitar jam 1.30 petang tadi.
Memetik laporan BH Online, dia memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah pun memudahkan urusan akad nikahnya hari ini.
“Bermulalah fasa dan perjalanan baharu sebagai suami isteri. Doakan kebaikan dan kesejahteraan buat kami,” ucap Remy setelah majlis pernikahan selesai.
Majlis akad nikah berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).
Pasangan sama cantik sama padan ini diijabkabulkan berwalikan abang pengantin perempuan, Rozman Yusof.
Bagaimanapun, difahamkan majlis ini hanya dihadiri pasangan mempelai bersama wali.
Pada majlis akad nikah yang serba ringkas ini, Ezza atau nama sebenarnya, Roszaliza Yusof menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin.
Bila ditanya mengenai soal perancangan untuk memiliki cahaya mata, ini reaksi yang diberikan oleh pelakon filem, Pulang itu;
“Saya tak kisah pun kalau orang bertanya mengenai hal ini. Saya ini merupakan seorang yang sentiasa akan berfikir 10 langkah atau 10 tahun ke hadapan. Ini semua sudah dalam perancangan saya.
“Mengenai soal anak-anak tu, sejujurnya dunia ketika ini belum lagi stabil. Ekonomi juga begitu. Segalanya masih lagi belum ada kepastian.
“Kalau ada rezeki, untuk dua tahun pertama ini, kami akan relaks dahulu. Kami rasa juga kami tak perlu terlalu memikirkan mengenai soal anak-anak.
“InsyaAllah kalau ada rezeki, diizinkan Tuhan, alhamdulliah kami akan terima. Tetapi untuk memiliki lebih daripada tiga orang anak dalam masa lima tahun ni, itu tidak mungkin akan berlaku,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak telah pun mengumumkan dirinya bakal berkahwin bersama wanita pilihan hati dalam satu sidang media yang berlangsung pada Jumaat.
Sumber: BH Online & @riseandwin.asia (Instagram)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima.
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad ada berkongsi cebisan khutbah pendek daripada pendakwah terkenal, Sheikh Abdul Qadir Al Jilani.
Antara lain, khutbah itu menyebut akan kebaikan memberi makan kepada orang yang sedang dalam kelaparan.
Jelasnya, sedekah tersebut lebih baik daripada membangunkan seribu masjid, berpuasa sepanjang tahun dan berhijad melawan kekafiran.
“Khutbah paling pendek dari Syeikh Abdul Qadir Al Jilani;
“Satu suap kau masukkan ke dalam perut orang yang lapar lebih baik dari membangun seribu Masjid Jami’. Dan lebih baik dari memberi kiswah Kaabah dengan kain sutera. Dan lebih baik dari orang yang qiamulail dan rukuk. Dan lebih baik dari berjihad melawan kekafiran dengan pedang yang terhunus. Dan lebih baik daripada berpuasa sepanjang tahun waktu panas.
“Jika tepung itu masuk ke dalam perut orang yang lapar, maka ia mempunyai cahaya matahari yang terang benderang. Sungguh beruntung bagi orang yang memberi makan kepada orang lapar.”
“Sungguh beruntung orang yang memberi makan pada orang yang lapar.” Be kind, always be kind,” Uyaina berkongsi petikan.
Setelah hampir 20 tahun bergelar pelakon, Sweet Qismina kini melebarkan sayap dalam bidang nyanyian pula selepas tampil dengan single pertamanya berjudul Namo.
Menurut Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, 25, sebenarnya dia sudah lama menyimpan impian untuk keluar dengan single sendiri.
Perjalanannya itu dipermudahkan apabila dia kini tampil dengan single ‘catchy-pop’ Namo, yang merupakan hasil ciptaan bersama komposer Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King.
“Sebenarnya impian untuk mempunyai single sendiri tercetus kira-kira empat tahun yang lalu, ketika itu saya belum temukan sebuah karya yang betul-betul kena dengan jiwa saya.
“Setelah berbincang dengan abang Raqeem Brian yang merupakan Pengarah A&R dan Pemasaran Domestik Warner, baharulah saya temui lagu saya.
“Perancangan mengeluarkan single ini telah pun bermula pada bulan November tahun lepas sehingga proses rakamannya selesai pada Julai tahun ini.
“Segala-segalanya adalah baharu buat saya, sewaktu proses rakaman dijalankan, setiap detik sangat meninggalkan kenangan manis yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
“Perasaan berdebar itu hanya Tuhan sahaja yang tahu! Alhamdulillah, kesemuanya berjalan dengan lancar dan lagu tersebut dapat dihasilkan dengan sempurna,” katanya.
Sementara itu, meninjau di ruangan komen, ramai netizen termasuk rakan-rakan artis turut memuji keupayaan vokal Sweet.
Legenda TV dan filem Hollywood, Richard Chamberlain, disahkan meninggal dunia pada hari Sabtu yang lalu di Hawaii akibat komplikasi selepas diserang strok.Menurut jurucakapnya, Harlan...