Pempengaruh dan usahawan sensasi, Siti Jamumall tampil menjelaskan mengenai status dirinya yang sudah bergelar ibu tunggal kepada dua anak.
Pendedahan tersebut dilakukan Siti Jamumall, 24, selepas selepas timbul banyak persoalan dalam kalangan warganet sekaligus memohon agar hentikan fitnah.
Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin dan suami sudah bercerai dengan talak satu sejak tahun lalu selepas empat tahun berkahwin.
“Perceraian ini sakit. Walaupun apa yang dilihat dan dilalui ini mengganggu emosi, saya simpan dan tak beritahu sesiapa kecuali keluarga dan rakan rapat saja. Dulu lagi saya jenis tak kongsi kisah peribadi terutama rumah tangga.
“Cuma sejak kebelakangan ini saja apabila saya buat sesi siaran langsung di Tiktok, ramai bertanya mana suami, lama tak muat naik gambar dan video bersama, jadi saya rasa ini masa terbaik untuk saya kongsikan perkara sebenar.
“Lagi pula saya pun dah habis edah dan simpan perkara ini lama. Dalam masa sama, nak elakkan fitnah berlaku. Jadi, saya tak nak lagi ada komen bukan-bukan. Sebab mereka tak tahu apa-apa. Saya tak nak ada fitnah berlaku,” katanya.
Dia bagaimanapun akui episod perceraian yang berlaku memberikan impak besar terhadap diri dan kehidupannya.
Artikel Berkaitan;
Siti Jamumall ‘Ketar Tangan’ Sebab Terkejut Terima Lamborghini RM1.5 Juta; “Syukur Kepada Allah.”
“Apa yang berlaku ini memberi impak besar kepada kehidupan saya. Saya hanya berkongsi perkara ini kepada keluarga dan rakan rapat saja. Mereka yang banyak berikan sokongan dan semangat untuk teruskan kerjaya.
“Saya dari umut 16 tahun dah biasa berdikari dan cari rezeki. Bila bercerai ini, hidup perlu diteruskan. Saya sentiasa ingat pesan mak, menjadi perempuan macam mana kaya pun suami, tapi kena ingat kena ada duit sendiri dan cari duit sendiri.
“Jadi apabila bercerai, saya sedar ia sangat penting. Kalau contoh saya tak ada apa-apa, mungkin sukar untuk saya teruskan hidup dan besarkan anak-anak. Saya mencari rezeki untuk besarkan dua anak lelaki. Saya yakin ramai juga ibu tunggal yang kuat untuk membesarkan anak-anak.
“Saya buat berniaga dan buat sesi siaran langsung. Tujuan saya untuk mencari rezeki halal untuk anak-anak. Saya tak baik mana, banyak jahat saya, saya tahu. Kalau anda tengok saya memekik dalam ‘live’, itu adalah kandungan yang dibuat semata-mata,” katanya.
Malah, perkara tersebut turut dikongsikannya di dalam satu hantaran yang dikongsikan di TikTok dan Instgaram.
“Allahuakbar, ini dugaan bagi sayalah kot… Saya tak nak cerita lebih-lebih. Tapi sekarang saya is a single mother. Saya cari rezeki untuk anak, dua orang.
“Saya tak nak menangis atau minta simpati dalam ‘live’, tapi saya yakin di luar sana ada juga single mother tengah kuat membesarkan anak-anak mereka.
“Saya buat live, berniaga untuk cari rezeki halal untuk anak-anak saya. Saya tak baik mana, banyak jahat saya. Saya tahu… Kalau you all tengok saya memekik-mekik dalam live, itu hanyalah konten,” katanya.
Imbas kembali, menerusi hasil perkahwinan tersebut, Siti Jamumall dan bekas suami dikurniakan dua anak itu Putra Adam Rizki, 4 dan Putra Aiman Zafran, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini