Pasangan selebriti, Raf Yaakob dan isterinya, Mawar Rashid telah pun mengadakan majlis doa selamat sebagai persediaan menyambut kelahiran anak sulung mereka tidak lama lagi.
Dilangsungkan dalam suasana sederhana tetapi meriah, Mawar kekal tampak anggun mengenakan persalinan khas ibu mengandung. Sedondon putih bersama suami tersayang.
Bagaimanapun, salah satu posting video di Instagram Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob saat menjadi imam mencuri perhatian ramai.
“Sekitar majlis doa selamat semalam sempena @mawarashid yang sedang menanti hari. Kami semua berdoa semoga dipermudahkan segala urusan bersalin nanti. Insyaa’Allah. Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberi komen positif dan tidak kurang yang turut mendoakan agar proses bersalin peserta Dewi Remaja 2014/15 itu dipermudahkan.
Ads
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 November 2018.
Foto: Instagram Raf Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad dilihat tidak dapat menahan sebak sewaktu berkongsi kisah peribadinya menerusi program Rumah 107, baru-baru ini.
Selain berkongsi kisah seni, episod terbaru program tersebut antara lain turut membawa hos Big Stage itu mengenang momen kematian bapa tersayang, Syed Abdullah Syed Ali Al Hadad ketika dia berusia 9 tahun.
Jarang kita dengar mengenai kisah tersebut, Sherry mengakui pada awalnya dia menganggap apa yang berlaku ibarat satu mimpi.
“Arwah (ketika itu) tidak bekerja, dah pencen. Jadi kalau pergi mana-mana je, orang cakap ‘Syed bawa cucu ke?’ Sebenarnya anaklah, sebab beza umur kami jauh.
“Jadi setiap kali saya balik sekolah, dia (arwah) akan menyorok. Jadi bila kita buka pintu, akan cari dia. Jadi itu rutin setiap kali saya balik, buka pintu macam ‘haaa… Mana Abah aku nak menyorok hari ni?’.
“Tapi hari tu, buka pintu dia tak ada. Rupanya dia dah masuk hospital,” katanya dalam linangan air mata.
Terdahulu, perkara tersebut turut diceritakan seorang lagi tetamu undangan, Sharifah Shahirah yang juga merupakan ibu saudaranya.
“Ketika itu umur 9 tahun kita dok fikir, ini mimpikah? Esok bangun mesti okay. Keesokkan paginya bila jenazah dikebumikan baru saya sedar, ini realiti,” katanya.
Sherry pada masa sama turut menyifatkan ibunya seorang yang kuat kerana tidak menitiskan air mata ketika pemergiaan suaminya.
Rumah 107 dihoskan pelakon senior, Khir Rahman, Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie serta Vicha dengan watak masing-masing.
Ia bersiaran pada Jumaat (hari ini), jam 9 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.
Saksikan sedutan perkongsian Sherry di sini;
YouTube: Ifr4n Empire
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Hetty Sarlene yang dijangka bakal melahirkan anak sulung lelaki, tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan penyanyi Sangsi Asmara asal Singapura ini menerusi hantaran terkini di Instagram yang turut dilampirkan foto dan video pendek.
“Its a boy!,” tulisnya ringkas sambil diselangi dengan beberapa tanda pagar.
Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat terus memberikan dedikasi seterusnya ucapan tahniah buat Hetty dan suami.
Terdahulu, Hetty mendirikan rumah tangga dengan Daniel atau nama Islamnya Dani Aaqil yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.
Pasangan ini mengumumkan mengenai bakal menerima ahli keluarga baru bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat, bulan lalu.
Foto: Instagram Hetty Sarlene
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Radin Era mengakui berasa amat teruja apabila dapat mengotakan janjinya untuk menjadi emcee di majlis perkahwinan pengantin viral yang terpaksa membatalkan majlis mereka kerana musibah banjir yang melanda negeri Selangor, baru-baru ini.
Pasangan ini mendapat perhatian ramai kerana niat murni mereka menyumbangkan kesemua makanan yang sepatutnya dihidangkan di majlis berkenaan buat mangsa-mangsa dan petugas keselamatan yang terkesan akibat musibah banjir.
Tersentuh dengan kisah pasangan pengantin berkenaan, Radin telah pun menawarkan dirinya untuk menjadi pengacara majlis di majlis perkahwinan mereka.
“Harini berkesempatan untuk meraikan pasangan pengantin yang viral disebabkan majlis asalnya terpaksa dibatalkan kerana banjir.
“Dan kesemua lauk pauk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir ketika Selangor diduga dengan bencana banjir baru-baru ini,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program, MH Throwback itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Radin turut memanjatkan doa semoga perkahwinan pasangan ini akan diberkati dan kekal bahagia hingga akhir hayat.
“Saya terharu kerana menjadi sebahagian daripada saksi yang meraikan pasangan ini, Nabil dan Ashikin.
“Semoga bahtera perkahwinan diberkati serta dikurniakan anak yang soleh-solehah,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti memuji tindakan berkenaan selain turut mendoakan semoga Radin akan sentiasa dimurahkan rezeki pada masa akan datang.
“Terbaik betul Radin Era. Pasangan yang sangat kuat dan besar hati. Membantu orang lain dikala susah. Dapat pula hadiah Radin jadi emcee wedding. Kudos to you all.
“Well done brother. Steady.
“Terbaik Radin. Moga sentiasa dimurahkan rezeki.
“Semoga Allah limpahkan rezeki untuk pasangan ini dan juga untuk kamu Radin,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Radin kini bergandingan bersama pelakon, Azad Jasmin untuk mengemudi segmen, Petang Era dari pukul 4 petang hingga 8 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Radin Era
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.