“Allahuakbar Sejuk Mata Lihat,” – Raf Yaakob Jadi Imam Waktu Solat Sempena Majlis Doa Selamat Isteri, Netizen Puji Suami Mawar Rashid

Share

Pasangan selebriti, Raf Yaakob dan isterinya, Mawar Rashid telah pun mengadakan majlis doa selamat sebagai persediaan menyambut kelahiran anak sulung mereka tidak lama lagi.

Dilangsungkan dalam suasana sederhana tetapi meriah, Mawar kekal tampak anggun mengenakan persalinan khas ibu mengandung. Sedondon putih bersama suami tersayang.

Turut hadir memeriah majlis yang diadakan di Bukit Damansara itu ialah rakan dan pihak media.

Bagaimanapun, salah satu posting video di Instagram Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob saat menjadi imam mencuri perhatian ramai.

“Sekitar majlis doa selamat semalam sempena @mawarashid yang sedang menanti hari. Kami semua berdoa semoga dipermudahkan segala urusan bersalin nanti. Insyaa’Allah. Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberi komen positif dan tidak kurang yang turut mendoakan agar proses bersalin peserta Dewi Remaja 2014/15 itu dipermudahkan.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 November 2018.

Foto: Instagram Raf Yaakob

 

 

Published by
Rafiq Mazlan