Penyanyi Haqiem Rusli telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-33, (ABP33) yang bersiaran secara langsung di TV3 malam tadi.
Dengan jumlah undian sebanyak 22,332,676, Haqiem turut membawa pulang sebuah kereta Nissan Leaf bernilai RM181,263 berserta trofi atas kemenangan yang diraih.
Anugerah tertinggi itu diterima penyanyi Adlina Marie ini daripada Datuk Rosyam Nor sejurus diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiomi Malaysia dan Lagu Paling Boom Popular.
“Allahuakbar, terima kasih kepada famili saya. Mak abah yang sedang tengok (di rumah). Qiem harap mak abah berbangga dengan Qiem.
“Terima kasih kepada TV3, Berita Harian, FMC dan Qiemillio (kelab peminat) yang terus mengundi Haqiem. Terima kasih kepada sahabat-sahabat saya,” katanya.
Dipancarkan dari Axiata Arena, Bukit Jalil, anugerah berkenaan dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Nabila Huda lengkap dengan persembahan mantap dari Yonnie Noy, Zynakal, Dolla, Azlan The Typewriter, Dolla, Syamel, Elly Mazlein, Faizal Tahir, Zizi Kirana dan ramai lagi.
Buat pertama kalinya juga, ia dilangsungkan tanpa penonton bagi mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB).
Ikuti seranai penuh pemenang bagi 13 kategori utama, satu Anugerah Khas serta lima kategori online:
Ads
Artis Baharu Wanita Popular – Isyarina
Artis Baharu Lelaki Popular – Chubb-e
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Khai Bahar & Siti Nordiana
Penyampai Radio Popular – DJ Lin
Pengacara TV Popular – Sherry Alhadad
Ads
Artis Versatil Popular – Siti Nordiana
Artis Komedi Popular – Sherry Alhadad
Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia – Wany Hasrita
Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia – Haqiem Rusli
Ads
Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha
Pelakon TV Lelaki Popular – Ben Amir
Pelakon Filem Wanita Popular – Mawar Rashid
Pelakon Filem Lelaki Popular – Zahiril Adzim
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Francissca Peter
Bintang Paling Popular – Haqiem Rusli
Foto: Instagram ABPBH33
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengaruh seorang Cristiano Ronaldo! Itu yang dirasai kelab baharu Ronaldo, Al Nassr apabila pengikut laman Instagram rasmi kelab itu, @alnassr_fc naik mendadak sebaik mereka mengumumkan kedatangan pemain kelahiran Portugal itu ke liga Arab Saudi.
Meninjau profil Instagram kelab itu, setakat ini mereka sudah berjaya mengumpul lebih 3.7 juta pengikut.
Sebelum ini, jumlah pengikut Instagram Al Nassr berada pada angka 860,000.
Terdahulu, Ronaldo, 37, dilaporkan bersetuju dengan tawaran kontrak mega bernilai £172.9 juta (RM922 juta) setahun dengan kelab Al Nassr di Arab Saudi.
“Saya tidak sabar untuk beraksi dalam liga bola sepak baharu di negara lain.
“Saya tidak sabar untuk menyertai rakan sepasukan saya yang baharu dan bersama-sama mereka membantu kelab untuk mencapai kejayaan,” kata bekas bintang Manchester United, Real Madrid dan Juventus itu.
Menurut media Sepanyol, Marca, Ronaldo dilaporkan bersetuju dengan kontrak dua tahun setengah dengan Al Nassr dan dijangka beraksi sehingga berusia 40 tahun.
Al Nassr merupakan antara kelab paling berjaya di Arab Saudi dengan sembilan kali muncul juara liga negara itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang muncul menerusi album terbaru, Yuna sekali lagi membuat para peminat seluruh dunia teruja apala berkongsi sekeping foto bersama penyanyi terkenal Korea Selatan, Jay Park.
Gambar yang dirakam menerusi sebuah studio rakaman itu difahamkan telah diambil dari Seoul, Korea.
Adik kepada pelakon dan hos, Afdlin Shauki, iaitu Jefri Adzman Aksan meninggal dunia sebentar tadi kira-kira jam 5.14 petang tadi di Hospital Thomson, Kota Damansara.
Berita sedih berkenaan disampaikan Afdlin sendiri menerusi Instagram miliknya, sejam lalu.
Sambil meminta agar salah dan silap Allahyarham dimaafkan, bintang itu turut berdoa agar Allah SWT menjaga dan menjauhkan siksa kubur adik serta ibunya yang turut sama meninggal dunia Oktober tahun lalu.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua. Adik lelaki saya, Jefri Adzman Bin Aksan telah pulang ke rahmatullah pada hari ini, pukul 5:14pm di Hospital Thomson Kota Damansara.
“Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang beriman.
“Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau. Dan halalkan makan dan minum beliau. Jika adik saya ada berhutang dgn sesiapa, boleh lah sekiranya menghubungi saya.
“Sekarang adik dah boleh jaga mak In Shaa Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah siksa kubur, elakkan dari azab api neraka, elakkan dari fitnah sewaktu hidup dan selepas mati. Elakkan dari fitnah dajjal. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami jep… Yeop sayang kau jep. Afdlin Shauki,” tulisnya.
A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on
Beberapa jam sebelum itu, bintang senior berkenaan turut meminta bantuan orang ramai yang mengetahui kejadian kemalangan secara terperinci agar menghubunginya bagi membantu siasatan.
Sedang diulit bahagia, pelakon Siti Hariesa tidak menafikan dia berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan hati yang masih dirahsiakan.