Aktor Datuk Adi Putra meluahkan rasa syukur apabila filem aksi lakonannya, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa kini sudah mencecah kutipan sebanyak RM13 juta.

Baru tujuh hari tayangan di pawagam (sehingga 31 Ogos), Adi, 41, berkongsi perkembangan baik itu menerusi Instagram, pada Khamis.

“Allahuakbar, you guys memang Mantap! Terima kasih,” tulisnya menerusi ruangan komen disusuli dengan beberapa tanda pagar.

Ads

“Allahuakbar, You Guys Memang Mantap!,” – Adi Putra Bersyukur, Air Force The Movie Kaut RM13 Juta
Difahamkan, filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu juga bakal menemui penonton di Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa  dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.

Ads

Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.

Selain Adi, naskhah ini turut menampilkan lakonan Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.

Ads

“Allahuakbar, You Guys Memang Mantap!,” – Adi Putra Bersyukur, Air Force The Movie Kaut RM13 Juta “Allahuakbar, You Guys Memang Mantap!,” – Adi Putra Bersyukur, Air Force The Movie Kaut RM13 Juta

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI