Along Cham Rupanya Lepaskan Kerja Jadi Juruteknik Demi Jadi Anak Seni, Ulas Keputusan Namie; “Jadi Guru Mungkin Asbab Dia Untuk Sara Hidup.”

Share

Pelawak dan pelakon, Along Cham memberikan pandangan selepas ditanya mengenai keputusan Namie yang memilih untuk meninggalkan kerjaya guru bagi meneruskan minatnya dalam indusrti seni.

Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 38, berpendapat Namie sudah memikirkan baik buruk mengenai tindakannya itu.

“Bagi saya kita tak boleh nak pertikai keputusan yang dibuat seseorang. Mungkin dia sudah fikir baik dan sebaliknya. Jual burger misalnya pun adalah bakat, menjahit pun satu kerja seni. Jadi bila ada peluang yang baik, mengapa tidak.

“Macam contoh saya sendiri, saya ada sijil dalam bidang Kejuteraan Elektrik/Elektronik, sepatutnya saya terus kerja dalam bidang yang berkaitan dengan kelulusan. Tapi sejak saya sekolah, ‘hidup’ saya memang di pentas, selalu ke depan untuk berucap buat persembahan dan sebagainya.

“Akhirnya ia jadi kerjaya untuk saya. Sama juga halnya dengan apa yang berlaku pada Namie. Dia sudah enjoy, ada bakat seni sejak dulu. Menjadi guru mungkin asbab dia untuk menyara hidup. Jadi berkat doa orang sekeliling, impiannya tercapai,” katanya kepada MH.

Along berkata demikian ketika ditemui di Majlis Perasmian Pembukaan Butik Pertama Liverpool (LFC Brand Store) di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya, baru-baru ini yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, En. Vach Pillutla.

Turut hadir pada majlis sama ialah pemain legenda kelab popular, Sami Hyppia.

Percaya rezeki, bapa kepada seorang cahaya mata ini turut imbas kembali kisah hidupnya sebelum terjun secara serius dalam bidang hiburan.

“Saya tidak nafikan ada yang cakap menjadi artis ni rugi, tapi bagi saya tidak. Saya tak menyesal jadi anak seni, tapi ia terpulang kepada apa yang kita nak bawa. ‘Konten’ yag membina atau sebaliknya.

“Saya tidaklah lama atau baru dalam industri, dalam 15 belas tahun. Alhamdulillah dapat miliki kediaman. Saya percaya dalam keadaan sekarang, semua orang nak ‘income’ yang baik.

“Saya sebelum ini bekerja sebagai juru teknik, kemudian saya berhenti dan jadi DJ Karaoke sezaman dengan Mawi. Orang bayar RM2 saya mainkan lagu. Memang pada waktu itu, keluarga marah juga sebab berhenti kerja. Kemudian daripada situ ada pihak yang mula ambil perkhidmatan saya, sehinggalah dengan rezeki yang ada sekarang.

“Cuma bila kita tinggi, kita jangan ‘terapung’ dengan pujian. Sebab kita hidup di zaman ‘jari’. Orang akan suka-suka boleh taip (komen), tak kiralah siapa pun. Jadi bagi saya, kitalah yang perlu kawal diri sendir, termasuk dalam hal halatuju dalam seni,” katanya.

Artikel Berkaitan;

“Hati-Hati Dalam Mencari Jodoh Kali Ni, Jangan Sampai Diperbodohkan,” – Along Cham Ingat Pesan Ibu

“Itu Luahan Naluri Seorang Anak,”- Along Cham Terima Lukisan Wajah Sendiri Daripada Anaknya. Sebaknya!

Sementara itu menerusi LFC Brand Store, selain barangan rasmi LFC, Al-Ikhsan sebagai ‘Brand License’ LFC turut menyediakan koleksi mampu milik yang direka khas untuk para penyokong kelab tersebut.

Antaranya ialah jersi, baju polo T, jaket, baju T, payung, beg silang, replika bola sepak serta pelbagai item menarik bermula dengan harga RM9.90 sehingga RM1,3999 bagi jersi yang ditandatangan khas oleh pemain-pemain kelab gergasi itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH