Datuk Seri Siti Nurhaliza akui masih meneruskan keinginannya untuk memiliki cahaya mata kedua.
Meski kerjaya seninya kembali rancak sejurus melancarkan album terbaru, ManifestaSITI2020, namun perancangan untuk kembali hamil tetap menjadi impian memandangkan dia sendiri sudah pun bersedia.
“Perancangan mendapatkan cahaya mata kedua tetap akan diteruskan seperti apa yang pernah saya beritahu sebelum ini.
“Malah saya sendiri pun sudah bersedia seandainya diizinkan untuk hamil anak kedua.
“Sama ada secara normal atau pun menerusi kaedah rawatan, hasrat ini tetap akan diteruskan juga.
“Bagi saya, kerja jalan juga, namun hal keluarga pun tetap akan diteruskan. Lagipun saya tidak boleh lambat-lambatkan, kita bukan semakin muda,” katanya.
Siti pada masa sama yang akui masih meneruskan rawatan bagi mendapatkan rezeki zuriat seterusnya.
Terdahulu, bintang terkenal ini ditemui pada majlis pelancaran album ManifestaSITI2020, di Bangsar South, Kuala Lumpur.
Februari lalu, Siti menjalani pembedahan kecil di sebuah pusat perubatan swasta sebagai persediaan hamil sehari selepas membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34).
Prosedur itu dilakukan sebagai antara kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya ketika mengandungkan Siti Aafiyah, tiga tahun lalu.
Perkara tersebut juga turut dikongsikan penyanyi Anta Permana ini menerusi hantaran di IG Stories sebelum ini.
Sementara itu, mengulas mengenai pembikinan album terkininya itu, Siti turut merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang terlibat sepanjang proses pembikinannya.
“Kelahiran album ini banyak sejarah dan ceritanya. Jadi ia sudah pun siap dan kini dilancarkan. Terima kasih buat semua pihak yang telah pun berkerja keras dalam penghasilannya.
“Saya harap ia dapat ubati kerinduan para peminat setelah tiga tahun saya tidak muncul dengan album penuh. Ada enam lagu baru dan selebihnya merupakan single yang pernah dikeluarkan sebelum ini.
“Setiap kali mahu menghasilkan album baru, saya terbuka dalam pemilihan lagu selain suka bekerjsama dengan komposer baru juga lama.
“Sebenarnya kita ambil masa yang agak lama juga untuk menghasilkan ManifestaSITI2020 ini. Lebih enam bulan untuk proses pilih lagi. Satu persatu team kami lakukan penelitian dari pelbagai segi.
“Ini kerana setiap kali nak keluarkan album, saya mahu kualitinya lebih baik berbanding sebelumnya.
“Tidak dinafikan setiap kali mahu keluarkan album, ia seolah-olah satu tekanan buat seseorang penyanyi itu kerana kita cuba untuk berikan kepuasan.
“Bukan terhadap sebuah lagu sahaja, tetapi keseluruhan album. Satu kerja yang sangat sukar. Kalau boleh saya juga tidak mahu hanya satu atau dua lagu saya sahaja yang disukai.
“Kalau boleh nak semua lagu dalam album ini disukai dan menjadi siulan peminat,” ujarnya yang turut bersyukur kerana menerima respon positif sejurus ia dilancarkan secara digital.
Pada majlis sama, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut menghiburkan tetamu dengan seleksi lagu baru yang dimuatkan dalam album barunya secara medley.
Antara lagu yang didendangkan termasuk Siapa Tak Mahu, Aku Bidadari Syurgamu, Tertulis Nama Kita, Kuasa Cintamu, Takhta Dunia, Teratai Menjelma dan 7 Nasihat (kolaborasi bersama Luca Sickta dan Kmy Kmo).
Ikuti sedutan lagu-lagunya di sini;
#MHLive Lovenya! Tokti di majlis pelancaran album barunya ManifestaSITI2020
Posted by MEDIA HIBURAN on Friday, July 3, 2020
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI