Terbaru, penyanyi Misha Omar atau nama sebenar telah memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Menariknya, gambar tersebut kelihatan penyanyi lagu ‘Sampai Bila’ itu sedang memakai hijab dan berkongsi gambar tersebut bersama peminatnya.
“Tudung bawal attached with inner pemberian abg @mimieomar , ..bang ,tutorial tak habis belajar.. kenapa dia jadi ada dua layer gitu? Kita kenfiusssss….” tulisnya.
Lantas, gambar yang dimuat naik oleh Misha itu telah menarik perhatian peminat kerana Misha tampil kelihatan lebih ayu apabila berhijab.
Malah, peminat juga turut mendoakan kepada Misha supaya diberikan hidayah dan pentunjuk untuk terus berhijab suatu hari nanti.
Disamping itu, penyanyi yang berusia 33 tahun itu telah memaklumkan pemakaian hijabnya itu ketika dia menziarah kematian pagi tadi.
Apa-apa pun kita doakan yang baik baik sahaja buatnya.
Foto : Instagram Misha Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Diikutkan Kami Kenal Sejak 2010 Lagi,” – Wany Hasrita Sah Kini Isteri Mohd Al Adib
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Wany Hasrita, 30, yang selamat bernikah dengan lelaki pilihannya Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, dengan dua kali lafaz, di Glam Hall, Damansara Perdana, kira-kira jam 9.11 malam, hari ini.
Pasangan dinikahkan bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan, 56, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.
Pada majlis itu, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian.
Manakala wang hantaran dirahsiakan serta tidak ada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.
Wany yang popular menerusi lagu Menahan Rindu itu bersyukur majlis yang dirancang berjalan lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
“Alhamdulillah, saya bersyukur majlis pernikahan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT. Terima kasih kepada mak, ayah, keluarga, rakan-rakan, pihak media dan peminat yang tanpa jemu menitipkan doa yang baik-baik buat saya tidak kira untuk kerjaya mahu pun peribadi.
“Insya-Allah, ini adalah fasa baharu buat saya dan suami. Perjalanan kami masih panjang. Tanggungjawab menjadi isteri dan dalam masa sama bergelar anak seni akan saya cuba berikan yang terbaik. Cuma, selepas ini tentu saja keluarga menjadi keutamaan saya.
“Saya berdoa agar semoga segalanya dipermudahkan. Paling penting juga, saya mohon untuk semua mendoakan yang terbaik buat saya dan suami dalam melayari bahtera perkahwinan ini,” katanya.
Berkongsi mengenai lelaki yang berjaya menambat hatinya yang juga bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak itu, Wany berkata hubungan mereka mula rapat sejak 2019.
“Kalau diikutkan saya sudah kenal Adib sejak 2010 lagi. Ketika itu saya mengenalinya melalui rakan baik saya yang juga sepupunya. Kenal macam tu saja.
“Waktu itu pun saya belum menjadi penyanyi lagi. Cuma, pada 2019 barulah kami mulai menjadi rapat. Jadi, kami mengikuti antara satu sama lain di Instagram (IG) dan banyak berhubung di situ.
“Tidak ada istilah ‘declare’ menjadi kekasih dalam perhubungan kami. Masing-masing saling memahami perasaan dan hati dan akhirnya memutuskan untuk membawa perhubungan ini ke fasa yang lebih serius,” katanya lagi.
Pasangan sama cantik sama padan itu turut memilih untuk bertunang pada 26 Februari lalu sebelum mengakhiri perhubungan mereka di jenjang pelamin pada hari ini.
“Kalau diikutkan perancangan nak berkahwin dibuat lebih awal, tapi disebabkan jarak kami yang mana dia bekerja di Kuching, Sarawak, masa dan komitmen kerjaya, kami ambil keputusan untuk cari waktu paling sesuai untuk kedua-dua pihak.
“Ditambah pula kita sudah masuk fasa endemik, jadi kami fikir ini waktu yang tepat,” katanya.
Terdahulu pada majlis pernikahan itu, kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media telah diundang.
Busana kedua mempelai pula mendapat sentuhan pereka Altelia Amani.
Majlis kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan pada 24 Julai depan bertempat di Cheras, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rsmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Harga Stroller 3k Ke Tu?”- Sharifah Sakinah Kongsi Gambar Stroller, Ramai Sibuk Tanya Harga
Pelakon Sharifah Sakinah ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya, beberapa hari yang lalu.
Bintang drama bersiri Girlfriend Dari Neraka itu telah berkongsi gambar dia bersama stroller buat anaknya bersama peminat.
“Number 2? @reebokmalaysia,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on
Melihat di ruangan komen gambar tersebut, rata-rata peminat bertanyakan harga stroller milik Sakinah.
Dalam pada itu, ada juga yang memberikan komen yang kelakar kepada pelakon yang berusia 30 tahun itu.
Terdahulu, kecoh di laman media sosial mengenai isu harga stroller yang dibeli oleh seorang blogger bernama Cik Epal mencecah sehingga ribuan ringgit.
Rentetan itu, ramai pula yang turut ‘menyiasat’ stroller milik bintang terkenal lain seperti Jihan Muse.
View this post on InstagramA post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on
View this post on InstagramA post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on
Foto : Instagram Sharifah Sakinah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Kena Tendang Keluar Sebab Tak Boleh Bayar Sewa,” – Ramai Kru Terkesan, Erma Fatima Harap Pihak Berwajib Pertimbang Semula Syarat Aktiviti Penggambaran
Pelakon dan pengarah, Erma Fatima berharap agar pihak kerajaan dapat segera memperhalusi semula undang-undang yang telah ditetapkan ketika fasa pandemik Covid-19 ini lebih-lebih lagi bila melibatkan sektor industri kreatif.
Menurut Erma, kebanyakkan pemain industri ketika ini sudah tidak mampu lagi untuk berdiam diri dan kini mungkin sudah tiba masanya untuk kita membiasakan diri menjalani kehidupan normal meskipun kadar kes pandemik di negara ini masih belum menunjukkan tanda-tanda akan barkahir.
“Saya memohon agar pihak berwajib dapat berlaku adil dengan industri kami. Industri kita sangat kecil jika dibandingkan dengan industri luar.
“Memang benar kes Covid-19 sedang meningkat tapi kita sebenarnya sudah tiada masa lagi untuk lari dan menyorok. Sekarang adalah masa untuk kita berfikir bagaimana untuk hidup dalam keadaan Covid-19.
“Macam mana caranya untuk kita hidup dalam keadaan ini adalah dengan jaga SOP dan sebagainya. Sampai bila orang industri saya tak boleh bekerja. Perkara ini sangat penting,” katanya kepada MH.
Erma berkata sedemikian ketika sesi sidang media drama terbaru arahannya yang berjudul Lockdown secara virtual baru-baru ini.
Dalam pada itu, kakak kepada pelakon, Umie Aida ini turut mendedahkan keadaan ketika ini sudah cukup tenat buat para pemain industri terutamanya buat mereka yang bekerja secara ‘freelance’.
“Kita tak pernah wujudkan kluster lagi setakat ini tapi sekarang ini ramai kru-kru saya yang sengsara. Ada yang kena tendang keluar daripada rumah sebab tak boleh bayar sewa, kena potong elektrik dan ada yang merempat.
“Kita kerja pun maksimum 30 orang. Kalau tak nak bagi ramai-ramai pun boleh la tangguhkan dulu pengambaran filem. Tapi bagilah kami buat drama dulu supaya mereka semua dapat duit,” jelasnya lagi.
Drama, Lockdown mengisahkan mengenai 8 buah cerita berbeza yang bakal dipersembahkan menerusi paparan 10 buah episod yang diinspirasikan daripada latar sebenar kisah realiti sepanjang berlakunya pandemik Covid-19.
Penceritaan setiap kisah dalam drama ini turut menampilkan lakonan mantap penuh emosi oleh 23 barisan pelakon handalan antaranya Zara Zya, Beto Kusyairy, Nabila Huda dan ramai lagi.
Terdahulu, drama ini boleh ditonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 26 Julai 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI