Personaliti media sosial yang kini bergelar pelakon, Alya Iman, memaklumkan dirinya kini sedang ditahan di hospital kerana disyaki mengidap demam denggi.

Menurut Alya, badannya sudah berasa sangat lemah sejak seminggu yang lalu dan kini sedang menjalani tempoh kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.

Jelasnya lagi, dia berterima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat serta mendoakan kesihatannya ketika ini.

Alya Iman Dimasukkan Ke Hospital Sebab Demam Denggi, Teman Lelaki Titip Ucapan

“Terima kasih kepada semua pihak yang perihatin serta mendoakan saya. Saya sangat menghargainya. Ketika ini saya perlu menjalani sesi kuarantin selama lebih kurang 48 jam sementara menunggu ujian saringan Covid-19.

Ads

“Saya harus menjalani ujian tersebut memandangkan saya kini sedang ditahan di hospital kerana disyaki demam denggi,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh anak kepada pelakon senior, Allahyarham Azmil Mustapha itu menerusi ruangan Instagram stories miliknya.

Ads

Dalam pada itu, Alya turut berharap agar kesihatannya itu kembali sembuh kerana dia sudah tidak sabar untuk kembali berkerja.

“Sepanjang minggu ini saya berasa sangat lemah dan mungkin ini adalah penyebabnya.

Ads

“Saya harap anda semua dapat doakan kesihatan saya. Memandangkan saya ni seorang yang workaholics, saya dah mula rasa bosan berada di dalam wad ini,” kongsinya lagi.

Sementara itu, teman lelaki kepada Alya turut dilihat ada menitipkan ucapan semoga semuanya akan baik-baik sahaja selepas ini.

Alya Iman Dimasukkan Ke Hospital Sebab Demam Denggi, Teman Lelaki Titip Ucapan“InsyaAllah your Covid test result would be negative Alya Iman. Take the 48 hours qurantine in the ward as a break that you well deserved,” luahnya.

Sumber: Instagram Alya Iman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI