Terkait kontroversi menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berstatus suami orang, pelakon Alya Iman pernah teruk dikecam netizen dua tahun lalu.
Terbaharu, pelakon berusia 21 tahun itu mengakui dia kini sudah kembali solo selepas putus cinta dengan duda anak dua, Ridhwan Rosli.
Mengulas mengenai perpisahannya dengan Ridhwan, Alya berkata mereka masih lagi berkawan baik biarpun hubungan yang dijalin sudah terputus di tengah jalan.
“Buat masa sekarang ini, ya… saya single dan saya tak ada kena mengena dengan Ridhwan lagi. Tapi kami masih kekal bersahabat baik.
“Tapi saya ‘not available’ ya… bukan sebab dah ada someone baharu tapi saya nak fokus karier seni dan tak ada pun rasa nak ada hubungan cinta.
“Saya dan Ridhwan berpisah sejak bulan puasa. Bagi saya, hubungan kami masih bersahabat… dan kalau ada jodoh, tak ke mana,” katanya kepada MH.
Ads
Alya ditemui pada majlis tayangan filem 7 Minggu Sebelum Kahwin yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa.
Walaupun kisah mengenai kontroversi bercinta dengan suami orang sudah lama berlalu namun Alya tidak menafikan sehingga ke saat ini, masih ramai lagi orang di luar sana yang mengecamnya dengan pelbagai gelaran kurang enak seperti perempuan pisau cukur dan perampas.
Memahami asam garam bergelar anak seni, Alya yang juga merupakan anak bongsu kepada Allahyarham pelakon Azmil Mustapha berkata dia menerima apa sahaja kecaman yang diberikan terhadapnya dengan hati terbuka.
Ads
“Sampai ke hari ini, orang masih cakap buruk tentang diri saya. Masih ada yang panggil saya dengan macam-macam gelaran.
“Tapi saya tak ada kuasa untuk menghalang orang cakap apa-apa tentang saya.
“Secara asasnya, sebagai selebriti saya kena terima apa saja netizen nak cakap.
“Saya terima dengan hati terbuka. Saya selalu cakap pada diri, benda dah jadi… setiap apa yang jadi, ada hikmah. Apa saja orang nak cakap fasal saya, Insya-Allah saya terima,” katanya lagi.
Ads
Sementara itu, Alya kini tampil dengan filem pertama lakonannya, 7 Minggu Sebelum Kahwin yang diterbitkan KRU Studios dan Bloombordia.
Filem tersebut turut menampilkan Nora Danish, MK K-Clique, Sham Visa, Yassin Yahya dan Vanessa Reynauld.
Filem arahan Eyra Rahman ini akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 7 Julai depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Alya Iman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menampilkan foto pasangan romantik ini di atas pelamin, Nora Ariffin menerusi laman Instagram menitipkan kata-kata hiba genap dua tahun ditinggalkan arwah suami, Johan Nawawi.
“Hari ni 24/3/2019, genap 2 tahun Johan Nawawi meninggalkan saya.
Akur dengan kehendak Allah, tiada apa yang kekal dalam hidup ini. Seperti kata-kata hikmah yang pernah diucapkan seseorang, di saat kau mula menyintai seseorang, bersedialah untuk kehilangannya suatu hari nanti.
Al-Fatihah untuk Johan Nawawi.
Foto – Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Liza Hanim menyatakan rasa kesalnya apabila ada segelintir pihak membuat spekulasi sendiri dengan mendakwa bahawa video menangisnya yang tular di media sosial sejurus malam final All Stars Gegar Vaganza adalah disebabkan kekecewaannya kerana tidak bergelar juara.
Menerusi kemas kininya di Instagram, penyanyi lagu Puteri Jelmaan itu tampil menjelaskan situasi sebenar, bersama tangkap layar penuh temubual.
“I feel there is a need to adress this, since ramai yang salah anggap dan cakap kakak menangis di sidang media Final ASGV kerana kakak tidak memenanginya.
“Mohon untuk dengar screen record penuh interview dan soalan yang menyebabkan kakak sebak dan menangis.
Liza atau nama sebenarnya, Haliza Hanim Abdul Halim, 44, meminta semua pihak mendengar dengan teliti semula klip video temubual tersebut.
“Saya juga mohon kepada platform berita hiburan yang dengan tidak bertanggungjawab edit interview ini dan memberi naratif yang totally salah untuk menarik perhatian pembaca dan penonton yang terus mendapat gambaran yang salah, untuk kebih bertanggungjawab dalam kerja anda.
“Ok now , lets move on,” tulisnya yang menduduki senarai keempat keseluruhan dengan pungutan markah sebanyak 72.34 peratus.
Meninjau ke ruangan komen pada entri tersebut, ramai yang menitipkan kata semangat buat Liza selain ada yang menyatakan kecintaan mereka terhadap penyanyi hebat ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Azhan Rani tampil berkongsi rakaman perbualannya bersama aktres, Fasha Sandha selepas pelakon itu mengalami kecederaan akibat terhantuk bucu katil ketika melakukan satu babak bersama bagi sebuah projek drama, baru-baru ini.
Ambil masa untuk berkongsi mengenai perbualan tersebut, Azhan menerusi sebuah hantaran terkininya di Instagram hari ini mendedahkan Fasha masih lagi menerima rawatan dan keadaannya kini bertambah baik.
“Saya tempek je la ya voice message antara kami semalam, gambar tu hari ini. Insya-Allah dia dalam proses recovery dan semakin baik berkat doa yang tak putus-putus dari semua.
“Maaf saya tak berminat nak ulas apa-apa buat masa ni, biar @fashasandha sendiri selepas sihat dan pulih seratus peratus yang jelaskan. Buat masa ini saya raikan sahaja apa juga pandangan, kecaman atau tomahan.
“Lepaskan sahaja pada saya andai itu boleh melegakan. Cuma jangan lupa titipkan doa buat sparing partner saya @fashasandha agar dia kembali pulih macam selalu,” luahnya.
Dia pada masa sama turut berterima kasih kepada suami Fasha yang juga pelakon Aidil Aziz dan semua pihak yang tidak putus-putus memberikan sokongan motivasi sejurus insiden berlaku.
“Terima kasih juga @itsaidilaziz yang menyantuni kami, Produser @geehanmsdnbhd yang sentiasa di sisi dari mula insiden hingga hari ini. Tak lupa juga buat pengarah @alongkamaludin serta seluruh team produksi telemovie #anaktuan. Semoga ada hikmah yang baik buat kita semua.
“Berikan la dulu ruang buat @fashasandha berehat. Insya-Allah bila keadaan mengizinkan nanti beliau sendiri akan maklumkan. Terima kasih sekali lagi. Semoga posting ini mampu meredakan emosi semua.teruskan berdoa,” kongsinya lagi.
Sementara itu Fasha mengakui rakan pelakonnya itu tidak menolaknya kuat dan ia boleh dilihat menerusi rakaman video yang dikongsikan sebelum ini. Cuma, dia yang ‘landing’ pada tempat yang salah.
“Benda sudah jadi, nak buat macam mana. Tak perlu kita jelaskan panjang lebar. Tapi saya tak mahulah orang salahkan abang (Azhan Rani). Insya-Allah saya akan bagi kenyataan selepas ini,” kata Fasha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!