Hiburan

Alyah & Aishah Cuba Nak Bantu 20 Individu B40 Atasi Obesiti Secara Percuma

Share

Kadar masalah obesiti di Malasyia kini berada ditahap yang membimbangkan.

Menerusi pendedahan terbaharu, Malaysia telah menduduki tangga pertama obesiti di Asia Tenggara dan tangga kedua secara global.

Cakna dengan permasalahan tersebut, Persatuan Sukan, Rekreasi dan Kesihatan Kuala Lumpur (“Su.Re Sihat KL”) mengambil inisiatif untuk melancarkan Kempen ‘Lose to Win’ untuk memerangi obesiti di Malaysia.

Menurut Presiden Su.Re Sihat KL, Shameem Akhtar Mohd Ashraf, mereka yang berpendatan rendah kini lebih terdedah dengan penyakit obesiti dek kesukaran untuk mendapatkan makanan berkhasiat dan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Anda pasti terkejut apabila mengetahui bahawa golongan B40 dan asnaf yang berpendapatan rendah juga boleh menghidap obesiti akibat faktor lain seperti kekurangan makanan berkhasiat, suasana bertekanan tinggi, genetik, kualiti hidup yang rendah dan banyak lagi”.

“Oleh itu, kami akan bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi bagi kempen ini untuk mengumpul dana supaya 20 individu berpendapatan rendah yang terpilih dapat menjalani program pengurusan obesiti yang menyeluruh termasuk prosedur kesihatan, pelan nutrisi, senaman dan lain-lain.

“Kami mahu mengubah kehidupan individu tersebut supaya mereka boleh meneruskan pekerjaan mereka untuk menampung ahli keluarga masing-masing,” katanya kepada MH.

Shameem berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Kempen ‘Lose to Win’ di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut sama hadir di majlis berkenaan adalah dua penyanyi Datin Alyah dan Datuk Aishah yang berkongsi pengalaman mereka menurunkan berat badan selepas menjalani pembedahan bariatrik.

Menurut Alyah, dia harus mencapai berat badan yang ideal demi kebaikkan kesihatan dan memudahkan urusannya dalam melakukan ibadah.

Sementara itu, Aishah pula mendedahkan pergerakkannya agak terbatas dan sukar untuk berjalan ketika beratnya mencecah 110 kilogram.

Kedua-dua mereka telah menjalani pembedahan bariatrik dan kini kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik.

Menerusi kempen ini, pihaknya mahu mengumpul dana bagi membantu 20 individu berpendapatan rendah (B40) untuk menjalani program pengurusan obesiti secara percuma.

Malah, program ini turut merangkumi pembedahan yang akan dilaksanakan oleh doktor pakar saluran gastro usus atas dan bariatrik, Dr. Mustafa Mohammed Taher dari Pusat Perubatan Gastro Usus dan Hati.

Kempen ‘Lose to Win’ ini akan menjadi salah satu tonggak utama bawah Su.Re Sihat KL sebagai usaha mendukung inisiatif kerajaan dalam mempromosikan gaya hidup sihat di Malaysia.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf