Penyanyi Datin Alyah menjelaskan kekeliruan sesetengah pihak yang menganggap dia tidak lagi mahu menyanyikan lagu-lagu berunsur cinta sesama kekasih.
Menurut Alyah, apa yang dimaksudkan ialah mesej sesebuah lagu yang akan dinyanyikan itu sebolehnya biarlah berlandaskan mesej baik dan sesuai didengari semua lapisan usia.
“Perlu untuk jelaskan, saya masih lagi menyanyikan lagu yang mempunyai unsur cinta, tapi yang mempunyai elemen kebaikan tentang apa yang ingin disampaikan.
“Contohnya, bukan yang macam… ‘bila kau tiada, aku mati’ tetapi ia lebih kepada… ‘kalau kau cintaiku, kahwinilah aku.’ Maksudnya, bait lirik biar cenderung kepada mesej yang baik, tak terlalu ‘lara’ atau meratap cinta pada pasangan.
“Apapun, saya hormati setiap buah karya lagu dan topik cinta itu juga luas dan subjektif. Terpulang kepada penerimaan masing-masing,” katanya.
Ditanya sejauh mana pendiriannya terhadap pemilihan lagu sedemikian ketika ini, isteri kepada pemuzik, Datuk Ramli MS itu percaya rezeki.
Ads
“Dalam soal ini, kita semua tahu siapa yang memberi rezeki. Tinggal lagi kita perlu usaha dan pasang niat dengan betul. InsyaAllah tuah itu akan ada di mana-mana.
“Malah saya sendiri tidak pernah jangka capaian Thank You Allah misalnya begitu luar biasa hingga ke hari ini. Meski dari segi persembahan itu kurang kerana situasi semasa, tapi dari segi media sosial ia amat baik, syukur alhamdulillah.
“Bukanlah nak kata lagu-lagu cinta saya sebelumnya tak jalan, tapi penerimaan baik terhadap percubaan Thank You Allah buatkan semangat saya jadi lebih besar. Dalam berkarya ni, kita perlu percaya bila ada suara, identiti akan ada jalan,” katanya.
Alyah ditemui pada majlis pelancaran cawangan ke-43 Mokti’s di Puncak Jalil, pada Sabtu.
Ads
“Saya hadir sebagai meraikan kenalan yang juga pengasas Missy Eldee, Puan Sharifah Norliza Syed Hamid. Dia juga antara ‘fouder’ yang tampil dalam muzik video Thank You Allah, sebagai Along.
“Kami saling kenal sudah lama dan saya turut tumpang gembira atas kejayaannya yang kian suskes dengan bisnes,” katanya.
Ads
Dalam perkembangan lain, Alyah yang turut melancarkan jenama ‘ready to wear’ (RTW) Labeesa by Datin Alyah akan melancarkan single baru, awal tahun depan.
“Setiap kali saya buat siaran langsung di Instagram, saya selalu belanja bahagian chorus lagu tersebut. Saya perdengarkan kepada peminat sebelum ia dilancarkan.
“Lagu ini mengisahkan mengenai hubungan adik-beradik. Sebab kadang-kadang kita mungkin lupa bahawa hubungan saudara itu paling penting berbanding wang ringgit.
“Bagaimanapun, penceritaannya bukanlah kesinambingan kepada jalan cerita dalam muzik video Thank You Allah, tetapi elemen nilai hubungan kekeluargaan itu yang dikekalkan.
“Lagu tersebut masih tiada tajuk, hasil ciptaan saya sepenuhnya dengan lirik bersama Shah Samsiri. InsyaAllah lagu tersebut akan menjadi buah tangan pertama saya tahun 2022,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri Wan Rashid berkongsi perkembangan terkini mengenai anak kedua yang dikandungnya.
Jelas Mawar, dia bakal melahirkan permata hatinya itu kurang sebulan daripada sekarang.
Menerusi entri di Instagram, Mawar meluahkan rasa teruja sambil mendedahkan beberapa perkara yang berlaku kepada dirinya sejak sekali lagi disahkan hamil.
“Serious x percaya kurang dari sebulan Mawar akan lahirkan baby. Cepat betul masa berlalu.
“So macam biasa, sebelum Mawar lahirkan baby, Mawar akan pampered myself betul2. Because bila Mawar cantik2, Mawar happy,
“Dan jd lebih bersemangat & happy nak jumpe my baby, seolah2 mcm nak menyambut my baby birthday gitu. Hehehe.
“Yelah, sekali seumur hidup untuk Raden Seriku, so i really want to appreciate moment2 yg diberikan peluang dari Allah S.W.T ni.
“So yeah! My nails dah buff kilat2 macam air kat kuku gituw, loveee sangat thank you @lifeofnails_my And Mawar buat hair treatment jugak.
“And harini nak buat maternity massage & mandi bunga (i just love my smell after I mandi bunga!).
Malah, pemenang Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular (ABPBH33) mengakui mahu melaram sama barangan kemas.
“And kejap lagi nak g gelang Emas to Raden Seri ku.. (mengidam naw kat emas sejak pregnant Raden Seri ni) @radenseriRC.
“Doakan Mawar & baby selamat dan semua dipermudahkan. Dress dari @hijabista.hub, material best gila.
“Sejuk pastu ada xip kat depan. Mudah utk ibu2 yg nk menyusu anak, nak lagi dress camni please @hijabista.hub,” tulis Mawar memberikan kredit.
Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat menitipkan doa agar segala urusan bersalin Mawar dipermudahkan.
Mawar dan suaminya, Raff Yaakob mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael, yang kini hampir mencecah usia 2 tahun.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan popular, Datuk Seri Vida akui terharu apabila berkesempatan meluangkan masa bersama pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu dan anak-anak ketika kunjungan mereka ke Ipoh, baru-baru ini.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Instagram, Vida, Shuib dan anak-anaknya dilihat mesra menikmati makan malam di sebuah restoran.
Menurut Vida, dia sememangnya gembira apabila diberi ruang untuk berkongsi kasih bersama-anak-anak Shuib itu.
“Beginilah akrabnya hubungan saya dengan Shuib dan anak-anaknya. Terima kasih Shuib bagi saya menumpang kasih dengan Uwais, Talita dan Matin.
“Seronok luang masa dengan mereka. Semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dunia dan akhirat,” tulisnya.
Video berdurasi hampir dua minit itu turut menyentuh hati banyak pihak selepas melihat aksi bersahaja anak sulung kepada Shuib dan Allahyarham Siti Sarah, Uwais Alqarni yang memeluk erat Vida ketika pertemuan tersebut.
Turut dlihat ada bersama ketika sesi makan malam itu termasuklah bapa kepada Allahyarham Siti Sarah, Raisuddin Hamzah.
Malah, Vida dan Shuib turut merakamkan gambar kenang-kenangan setelah selesai sesi makan makan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat hubungan akrab tersebut selain turut mendoakan semoga anak-anak Shuib sentiasa memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.
“Part Dato tolung tutup mulut Talita masa menguap tu sweet sangat.
“Allah luluh hatiku melihat anak-anak Shuib. Terima kasih DSV selalu bertemu mereka. Kalau la saya dapat jumpa ank-anaknya, saya pun ingin memanjakan mereka seperti ibu mereka sendiri. Semoga Allah melindungi DSV, Shuib dan anak-anak sentiasa Aamiin.
“Semoga persahabatan berkekalan till jannah. Doa yang baik-baik. Semoga kebaikan itu kembali kepada kita semua.
“Sebak pula tengok. Makin lama mungkin mereka makin kuat rindukan arwah ibunya.
“DSV terbaik menyantuni anak-anak yatim,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Setakat ini, video tersebut telah pun meraih lebih 130,000 jumlah tontonan di laman Instagram.
Terdahulu, Shuib dan Allahyarham Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Bagaimanapun, Shuib diduga apabila isteri tercinta meninggal dunia pada tanggal 9 Ogos 2021 akibat Covid-19 selepas melahirkan cahaya mata bongsunya, Ayash Affan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Vida & Shuib Sepahtu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menelan kos pembikinan sekitar 200 juta USD, filem terkini Godzilla, Godzilla King of the Monsters menjadi antara filem Hollywood termahal tahun ini.
Sudah pun mengutip lebih 300 juta USD setakat ini selepas ditayangkan sejak hujung Mei lalu, jom ketahui beberapa fakta menarik filem mega yang berdurasi lebih dua jam ini.
Pengarahnya, Michael Dougherty seperti yang dipetik menjelaskan, Godzilla: King of the Monsters bukan hanya tertumpu kepada kisah makhluk raksasa semata-mata, tetapi juga menyentuh soal percubaan manusia di dalam cubaan untuk berinteraksi dengan makhluk berkenaan.
Selepas Memoirs of Geisha yang diterbitkan pada tahun 2005, ini merupakan gandingan kedua pelakon terkenal Asia, Ken Watanabe dan Zhang ZiYi dalam sebuah filem.
Sementara itu, Dougherty turut memberitahu meski dia berpuas hati dengan ‘penampilan’ terkini susuk Godzilla menerusi filem ini, namun dia turut berusaha untuk mendapatkan ‘gauman’ asal Godzilla yang diterbitkan buat kali pertama pada 1954 lalu.
Ken Watanabe yang mendukung watak sebagai Dr. Ishiro Serizawa, Sally Hawkins (Dr. Vivienne Graham) dan David Strathairn (Admiral William Stenz) merupakan antara watak asal dari Godzilla tahun 2014 yang kembali untuk sequelnya tahun ini.
Ia merupakan filem produksi Amerika Syarikat Godzilla pertama yang mempunyai sequel.
Filem ini dilancarkan pada tahun ini, bersamaan dengan ulang tahun versi asalnya yang ditayangkan buat pertama kali pada tahun 1954, berjudul Gojira.
Dalam filem berkenaan, hanya Godzilla sahaja yang tidak mampu terbang sementara lawan lainnya iaitu Ghidorah, Montra dan Rodan pula mempunyai sayap dan berkeupayaan untuk terbang.
Terdahulu, ‘working title’ untuk filem ini ialah Godzilla 2. Sementara ketika di fasa produksi pembikinan, ia dinamakan sebagai Fathom.
Untuk filem kali ini, Godzilla digambarkan mempunyai ketinggian 393 kaki dengan beratnya lebih 99,000 tan. Rodan pula berketinggian 46.9 meter, Mothras pula 15.8 meter dan yang paling tinggi ialah Ghidoras. Tingginya lebih 158 meter dengan berat sekitar 141,000 tan.
Sequel filem berkenaan, Gozilla vs Kong yang awalnya dikatakan bakal ditayangkan sekitar Mei 2020 terpaksa dianjakkan kepada Mac tahun sama bagi mengelakkan pertembungan dengan sebuah lagi filem mega, Fast & Furious 9. Namun ia sekali lagi dikatakan terpaksa ditukar hingga hujung tahun 2020.