Amal Jarak Sosial Di Restoran, Zahirah MacWilson Genggam Tangan Suami, Aiman Hakim Ridza

Share

Mengikut saranan kerajaan bagi mengamalkan normal baru dalam sistem penjarakan sosial, pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza menikmati makanan di sebuah premis makanan.

Menerusi foto yang dimuat naik pelakon filem Bulan Dan Pria Terhebat itu, dia merakam foto suaminya sambil menggenggam tangan.

I don’t think he’s too pleased with the new SOP. #kaujanganpergimanamana,” tulisnya.

Lantas, Aiman telah meninggalkan komen.

Hahahaha kau jgn jauh dari aku,” balasnya ringkas.

Sehingga kini, foto tersebut telah mendapat lebih 100,000 tanda suka (likes).

Untuk rekod, Hakim berkahwin dengan Zahirah pada 20 Februari lalu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPP yang mula dilaksanakan bermula 10 Jun lalu.

Pelaksanaan PKPP akan lebih banyak memberi kelonggaran dan kemudahan kepada orang ramai dan mereka yang menjalankan perniagaan.

Foto : Instagram Zahirah MacWilson.

Published by
MH