
Pelakon Kilafairy berkongsi titipan doa daripada seorang imam dari Mekah khas buat rakyat Malaysia.
Imam dari Masjid Abbad Makkah, Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Imrani yang fasih berbahasa Melayu itu turut menyenaraikan empat amalan yang boleh diamalkan umat Islam dalam menghadapi wabak ini.
Antaranya termasuk solat lima waktu, amalan membaca ‘Bismillahillazi La Yadhurru Ma’asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami’ul ‘Alim’ tiga kali pada waktu pagi, tiga kali pada waktu malam serta membaca ayat Kursi.
“Imam dari Makkah doa kan Malaysia. Tolong Aminkan sama sama and share. Thank you. Ni Kila upload balik full video,” kongsi anak kepada Rohana Jalil Ini ringkas.
View this post on InstagramTolong Aminkan sama sama and share. Thank you. Ni Kila upload balik full video.
A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
Foto : Instagram Kilafary
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulillah, Akhirnya Keluar Hero Juga,” – Syukur, Isteri Rody Kristal Selamat Bersalin Anak Kedua

Tahniah diucapkan buat Niena Azman yang juga isteri kepada gitaris kumpulan Kristal yang telah pun selamat bersalin anak keduanya.
Perkara tersebut dimaklumkan Niena menerusi satu hantaran terkini di Instagram miliknya.
“Alhamdullilah, akhirnya keluar hero jugak.. kali ni struggle skit berbanding Adith, apa2 pn tq pd Dr @yuliarifuddin dua2 hero die sambut.
“Tenang je die walaupun niena dh mcm apa je kt LR tu. En.Mi nk telan air liur pn x boleh.
“Muka die tgk niena sakit dh serupa muka cr tali gitar yg putus x jmpe. Ok gurau je! Thanks semua yg mendoakan niena dan baby B,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Niena 💋 (Nur Izwani + Dekno) (@niena_azmann) on
Terdahulu, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena pada 27 April 2018 lalu dan dikurniakan cahaya mata pertama, Adithya Jabbar pada 14 Januari 2019.
Niena juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan.
Foto: Instagram Niena Azman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tom Jelaskan Kekeliruan Bersalin Tanpa Suami Di Sisi; “Saya Sendiri Yang Lari Dari Rumah, Ego…”

Penyanyi Tom tampil menjelaskan secara terperinci mengenai kenyataannya sebelum ini yang terpaksa bersalin anak ketiga sendirian di Langkawi, Kedah tanpa ditemani suami di sisi.
Tom, 36, atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram berkata, dia bukan ditinggalkan suami sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.
Sebaliknya, keputusan tersebut dibuatnya sendiri susulan tidak mahu terus terbelenggu dengan kemelut rumah tangga yang dihadapi.
“Saya tidak menafikan hubungan saya dan bekas suami ketika itu bermasalah. Jadi saya sendiri yang buat keputusan untuk meninggalkan rumah.
“Ketika itu masing-masing pun ada ego. Jadi sewaktu proses melahirkan anak ketiga, saya bersalin seorang diri di hospital.
“Bukanlah dia (suami ketika itu) yang meninggalkan saya. Sebaliknya saya yang berbuat demikian, tinggalkan dia,” kata ibu kepada tiga cahaya mata ini kepada MH.
Tom yang kini sedang bersaing di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) turut memberitahu, dia sendiri cuba untuk mengatasi kekurangan dalam diri.
Tidak mahu menyalahkan sesiapa, Tom cuba menjadi insan yang lebih baik di samping dua anak kandung yang dijaga.
“Jujurnya saya seorang yang kalau ada masalah, saya yang akan pergi, lari. Saya pernah berkahwin tiga kali dan setiap kali ada masalah, saya akan lari jauh-jauh.
“Susah juga, saya seorang yang sukar untuk memberikan peluang. Sekali buat salah ‘good bye’.
“Tapi saya tidak nafikan, ia mungkin antara masalah sendiri hingga menyebabkan jodoh perkahiwnan itu tidak panjang.
“Pada masa sama, saya juga mudah untuk sayang seseorang, atau sebab tak terlalu mengenali menyebabkan perpisahan terjadi.
“Saya tidak gemar bercinta lama-lama. Kalau mahu teruskan, ke fasa yang serius. Malah bila saya di samping seseorang, saya akan terlalu menyayangi, hingga kadang-kadang ia makan diri,” katanya lagi.
Untuk rekod, Tom mula mendirikan rumah tangga pada usia 21 tahun.
Bagaimanapun selepas mengalami tiga keruntuhan rumah tangga dalam tempoh lapan tahun, dia kini mahu memberi tumpuan sepenuhnya membesarkan dua cahaya mata lelaki, Putera Edler, 9, dan Putera Evans Ezra, 7 tahun.
Anak pertamanya, Megat Ariel yang kini berusia 14 tahun bagaimanapun tidak dibesarkan Tom.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Goyang Asia Koplo Milenia Tukar Nama, Tawar Tiket ‘Harga Rahmah’ Hingga 50 Peratus!

Selepas menerima reaksi pelbagai pihak sekaligus menghormati persepsi masyarakat, pihak penganjur ‘Konsert Goyang Adia Koplo Milenia’ memilih untuk melakukan penjenamaan semula kepada ‘Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur’, yang dilihat lebih universal.
Pengarah Projek Mission Sight Sdn. Bhd, Riezman Khuzaimi berkata, penjenamaan semula konsert yang dijadualkan pada 30 September depan dilihat mampu menangkis stigma segelintir pihak terhadap genre ditonjolkan.
“Belum pun bermula, konsert mega yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam telah menjadi sasaran kritikan mereka yang sentiasa memiliki persepsi negatif terhadap irama dangdut.
“Demi membuang persepsi masyarakat dan menghormati semua pihak, Konsert Goyang Asia Koplo Milenia telah dijenamakan semula kepada Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur.
“Pihak kami sedar apabila disebut dangdut koplo sudah pasti ada yang menyangka kemunculan barisan penyanyi nanti disertai tarian seksi, namun itu semua sekadar tanggapan,” katanya.
Riezman turut menambah, sebagai penganjur yang bertanggungjawab, setiap penyanyi terutama dari Indonesia iaitu Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek-kelepek dan Rheyna Morena juga diingatkan tentang garis panduan persembahan.
“Sejak awal lagi mereka tiada masalah mengikuti ketetapan dan menghormati garis panduan bukan hanya pada persembahan, bahkan meliputi penampilan pada malam tersebut.
“Sebagai penggiat seni, Mission Sight lebih teruja menonjolkan seni di dalam muzik itu sendiri tanpa membawa elemen negatif sepertinya tanggapan pihak tertentu.
“Kami hanya menjual irama dan lagu, bukan unsur negatif tarian dan gelek lucah macam tuduhan dilemparkan ketika pengumuman konsert ini,” katanya lagi.
Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur turut dimeriahkan kemunculan Ratu Dangdut Malaysia, Amelina dan Ani Maiyuni selain empat bintang dari Seberang itu.
Lebih menarik, penganjur memutuskan untuk melakukan penjualan tiket pada harga rahmah bersempena bulan kemerdekaan menerusi potongan diskaun sehingga 50 peratus.
“Ini adalah konsert pertama Mission Sight yang sebelum ini berpengalaman luas dalam penganjuran acara serta festival mega.
“Kami ingin berkongsi kemeriahan dengan membuka peluang kepada lebih ramai penggemar muzik menikmati genre dangdut, selain memberi potongan 50 peratus bersempena bulan kemerdekaan.
“Harga istimewa ini turut ditawarkan kerana kami merancang mengadakan konsert untuk malam ke dua dan jika terlaksana kemungkinan artis sensasi seperti Baby Shima dan beberapa artis lain dapat tampil.
“Lebih membanggakan, konsert ini juga mungkin akan mencatat sejarah dan diabadikan dalam Malaysia Book of Records, sekiranya tiket habis terjual,” katanya.
Malah, konsert tersebut juga bakal dimeriahkan dengan Festival Muzik Milenia selama tiga hari berturut-turut di perkarangan Stadium MBSA Shah Alam bermula 29 September hingga 1 Oktober 2023.
Antara pertandingan yang melibatkan lima negara Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei dan Thailand di festival itu adalah pencarian Raja dan Ratu Dangdut Asia, pertandingan tarian dan cabaran One Minutes Challenge.
Tiket mengikut zon sudah boleh didapati di laman sesawang ticket2u.com yang menawarkan harga terkini bermula dari RM240 (VIP Koplo), RM134 (Asyik), RM89 (Rindu) hingga ke zon berdiri (RM50).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI