Aman Ra Kembali Bergelar Suami; “Doakan Yang Terbaik, Terima Kasih Atas Sokongan.”

Share

Penyanyi rap Aman Ra mengumumkan dia telah selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hati dikenali sebagai Hani Amira pada Isnin.

Aman atau nama sebenar, Aman Jamaluddin, 35, berkongsikan khabar gembira itu menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik gambarnya bersama suri hati.

“Assalamualaikum. Dengan rendah hati, ingin saya berkongsi selesai sudah majlis akad nikah kami.

“Doakan yang terbaik, dan terima kasih atas segala sokongan,” tulis Aman di ruangan kapsyen.

Perkongsian Aman mendapat perhatian netizen dan rakan artis yang turut mengucapkan tahniah di atas penyatuan dua hati tersebut.

Antara rakan artis yang turut menitipkan ucapan seperti Amir Masdi, Zizan Razak, Tiz Zaqyah dan Zynakal.

Difahamkan Hani merupakan kakak kepada chef selebriti, Anis Nabilah dan penyanyi serta pelakon, Aisya Hasnaa.

Untuk rekod, Aman sebelum ini pernah berkahwin dengan Natiqah Rahmat, 34, namun bercerai pada 5 Ogos tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Ratu Raiqa, 4, dan Tuah Khalifa, 3 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Aman Ra

Published by
Juliana Johar