Pengarah dan penerbit terkenal, Jinggo menitipkan nasihat buat kedua-dua anaknya untuk sentiasa bersatu hati dan tidak berpecah belah dalam menjaga hubungan sesama keluarga.
Jelas Jinggo yang juga merupakan suami kepada pelakon, Sheila Rusli, dia berharap agar tidak timbul perasaan iri hati atau hasad dengki dikalangan ahli keluarganya yang boleh membawa kepada perpecahan.
Katanya lagi, dia sebolehnya mahu legasi yang dibina menerusi keluarga ini akan diteruskan sampai bila-bila.
“Tazkirah Selepas Jamuan Makan Sepanjang Hari Father’s Day. Tiada apa yang lebih mengembirakan Papa, Abah dan Daddy selain melihat anak-anak bersatu HATI, berbaik BUDI, Tiada IRI , HASAD DENGKI, tidak rasa menjatuhkan SESAMA SENDIRI.
“Papa, Abah, Daddy, tidak pernah diajar berpecah belah sesama sendiri, tolong sambung Amanah ini, wajib di ambil sebagai legasi,” katanya.
Perkongsian tersebut dikongsikan oleh Jinggo atau lebih mesra disapa Tok Sidang itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.
Dalam pada itu, Jinggo turut menambah, seandainya berlaku perpecahan diantara ahli keluarganya, dia menyifatkan tugasnya sebagai seorang bapa telah pun gagal.
“Andai sudah terpahat di hati HASAD DENGKI sesama sendiri, itu bermakna AYAH SUDAH TIDAK DIHORMATI LAGI, KERANA GAGAL MENYATUKAN KELUARGA SENDIRI
“Ingat, jika kita berpecah belah, kita bukan saja sudah kalah tapi MARUAH KELUARGA KITA JUGA HILANG SUDAH,” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terkesan dengan nasihat yang diberikan oleh Jinggo selain turut mendoakan semoga keluarganya akan sentiasa bahagia sampai bila-bila.
“Mata masuk habuk pulak. Happy father’s day. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
“So touching Papa Jinggo.
“Alhamdulillah, seronok tengok family Tok Sidang.
“Semoga kebahagiaan, keharmonian dan kasih sayang keluarga Tok Sidang kekal hingga ke jannah,” antara reaksi-reaksi yang ditinggalkan netizen di ruangan komen.
Sumber: Instagram Jinggo