Pempengaruh media sosial, Acap S bersyukur selepas kumpulannya, Sarkas diumumkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 (MLS4).
Menurut Acap atau nama sebenarnya Asraf Jaafar, hasratnya untuk menyertai pertandingan komedi akhirnya menjadi kenyataan.
Lebih manis, dia turut bergelar juara malam tadi.
“Saya pernah mencuba uji bakat program Gegar Lawak ketika usia 20 tahun. Saya berjaya melepasi 20 peserta terbaik tapi bila uji bakat di Astro, saya tersingkir.
“Jadi, selepas sembilan tahun, saya dapat masuk ke MLS4 dan diberikan rezeki menang hasil bimbingan Danial dan Shashic.
“Daripada tak reti menyanyi dan mahir bahasa tubuh, mereka yang ajar saya. Saya pun bertuah kerana dapat belajar,” katanya kepada MH.
Acap berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media MLS4 di Auditorium CIDB, Cheras pada Ahad.
Pada masa sama, Acap memaklumkan dirinya sudah bersedia untuk berhadapan dengan sepak terajang dunia komedi tempatan yang nyata berbeza dengan platform media sosial.
“Saya sudah bersedia. Sejak berada di MLS4 ini, sembilan minggu saya kena hentam. Bohonglah kalau kata saya tak stres atau koyak tapi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi, ia bukan mudah.
“Saya kena belajar perlahan-lahan. Rasanya saya okay sahaja. Kini saya sudah boleh menerima kritikan-kritikan itu,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai komen-komen netizen yang paling berbekas dihatinya, ini reaksi Acap;
“Terlalu banyak komen yang saya terima. Ada yang kata saya tak kelakar seperti di Tik Tok, sekadar menumpang dan tiada fungsi. Hampir sembilan minggu saya dapat komen sebegitu.
“Penonton hanya nampak Danial sahaja tapi kami berdua juga membantu untuk membawa cerita.
“Lawak ini sama seperti main bola sepak. Danial adalah penyerang, saya bertahan dan Shashic pula adalah pemain tengah,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, dia akan beruasaha sebaik mungkin untuk melaksanakan setiap tawaran yang diberikan.
“Saya serius nak masuk ke dalam dunia seni. Sasaran saya adalah untuk menjadi pelakon atau pengacara.
“Kalau peluang itu diberikan, saya akan sahut tapi banyak lagi perkara yang harus saya belajar,” akhirinya.
Terdahulu, Sarkas telah dinobatkan selaku juara MLS4 seterusnya membawa pulang wang tunai RM150,000 beserta trofi.
Selain Acap, Sarkas turut dianggotai dua orang pelawak Danial Zaini dan Shashic.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam pada itu, pelakon drama Memori Cinta Suraya ini juga bersyukur kerana kehadiran anak,Mohamad Eidrees sebagai penyeri dalam keluarga.
“Happy birthday @hanif_zaki Last year’s celebration was just the two of us but this year around with @mohamadeidrees , our bundle of joy.
“Allah has given you the best birthday present ever. Alhamdulillah.. May Allah shower our marriage with love, rezeki, happiness and protect us from anything that will harm our family. Love you so much,” tulisnya.
Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein mendedahkan keakraban di antara anak Putri Sara Sefhia dan suaminya, Mohamad Azlan Che Noh.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi mendedahkan, keduanya begitu rapat dengan suaminya hingga terpaksa maklumkan terlebih dahulu tujuan dia keluar demi memastikan anak perempuannya itu tidak merajuk.
“Mcm tu la Papa & Manja. Papa nak gi amik #secondose Vaccine rini. Sebelum keluar rumah, kena kejut anak dia dan kena bg tau mana papa nak pegi.
“Kalau tak mencari la anak dia nnti. Where papa, where papa. Jenuh mama nak kena jwb.